Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resipi Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap

Resipi Nasi lemak Yang Mudah Dan Sedap sangat diingini oleh setiap orang lebih-lebih lagi buat suri rumah tangga. Nasi lemak merupakan salah satu makanan yang tidak asing lagi di negara kita. Setiap negara mempunyai makanan kebanggaan masing-masing seperti Korea dengan Kimchi, Itali dengan pasta nya dan pelbagai lagi. Nasi lemak sudah menjadi simbolik makanan yang dimakan waktu pagi bersama kopi O. Malah, makanan ini wajib di cuba oleh pelancong yang datang ke negara kita.

Kebanyakan restoran menyediakan menu nasi lemak untuk para penggemarnya. Namun bukan senang untuk mendapatkan rasa asli yang sedap dalam memenuhi citarasa setiap orang. Definisi nasi lemak yang sedap boleh dikaitkan dengan nasinya yang cukup lemak santannya disertai haruman daun pandan. Sambal bilisnya juga haruslah ada rasa lemak manis dan pedas mengikut kesesuaian.

Variasi Cara Masak Nasi Lemak

Sejak belakangan ini ramai youtubers, influencer dan tidak ketinggalan para artis menunjukkan cara mereka tersendiri dalam menyediakan Resipi Nasi lemak Yang Mudah Dan Sedap mengikut selera masing-masing menerusi laman media sosial. Ada yang ingin menggunakan bahan yang tidak terlalu banyak ,tidak letak bawang dan ada yang ingin jimat masa. Ini salah satu resipi nasi lemak yang mudah dan sedap yang dikongsikan oleh Che Nom menerusi saluran Youtube nya.

Resipi Nasi Lemak

Nasi Lemak Kebanggaan Rakyat Malaysia.

Resipi Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap

Dicuba Oleh : Che Nom

Masa Memasak: 40-50 Minit

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

  • 3 biji bawang merah
  • 2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit minyak
  • kayu manis
  • bunga lawang
  • 4 cawan beras
  • 6 cawan air + santan 1/2
  • sudu kecil halba
  • optional sedikit garam

Cara-Cara Penyediaan Untuk Nasi:

Resipi Nasi Lemak

Masukkan semua bahan-bahan yang diperlukan ke dalam periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa mengikut sukatan yang ditetapkan. Anda boleh masukan air bercampur santan terlebih dahulu diserta bahan-bahan halba atau sebaliknya.

Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis

Dikisar:

  • 7-8 biji bawang merah,
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 biji bawang besar
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 1 biji bawang holland

Masukkan juga:

  • sedikit minyak
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit air Air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 kiub ikan bilis
  • gula melaka
  • secukupnya garam
  • 1 mangkuk bilis goreng
  • Bahan tambahan: kacang tanah ikan bilis telur rebus

Cara-Cara Penyediaan Untuk Sambal Tumis

 

Resipi Nasi Lemak

Masukkan minyak, kesemua bahan kisar. Tunggu sehingga pecah minyak dan kemudian masuKkan bahan-bahan penyediaan seperti di atas. Anda juga boleh dapatkan Resipi Nasi Lemak Yang Mudah Dan Sedap yang lain disini.

Resipi Nasi Lemak Dari Cik Nom

Anda juga boleh mendapatkan inspirasi Resipi Nasi lemak Yang Mudah Dan Sedap melalui perkongsian video dari Cik Nom.

Bahan Dan Cara Yang Sama Tapi Rasa Berbeza?

Tips Masakan

Ramai yang menghadapi masalah ini bukan? sudah ikuti cara yang betul tetapi masih rasa serba ada yang kurang pada rasa masakan. Disini kami kongsikan tips yang perlu dilakukan semasa memasak.

Memilih Bawang

Bawang memberi rasa yang unik dalam masakan. Walaupun ramai yang menganggap bawang tidak mempengaruhi rasa masakan tetapi tidak ramai yang berani memasak tanpa menggunakan bawang. Sekiranyanya inginkan masakan yang sedap haruslah banyak menggunakan bawang disamping ditumis sehingga pecah minyak. Bagi membantu anda mengenali pelbagai jenis bawang boleh lihat artikle 6 jenis bawang masakan,

Ratio Air Dan Santan Yang Betul

Ramai yang menghadapi masalah menyukat air untuk nasi dengan betul sesuai dengan bahagian masakan. Tetapi tidak perlu risau, bagi permulaan mungkin agak sulit mendapatkan nasi yang tidak lembik dan keras tetapi lama kelamaan anda pasti akan terbiasa. Tekstur nasi sangat penting kerana nasi yang terlampau lembik menyebabkan kita cepat muak dan nasi cepat basi. Justeru, cubalah untuk melatih diri menyukat air untuk nasi dengan betul. Ada setengah menggunakan konsep menyukat air dengan jari.

Pemilihan Bahan-Bahan Masakan

Bahan-bahan segar yang dipilih sangat penting dalam masakan. Elakkan menggunakan daun pandan, halia, bawang yang lama tersimpan dalam peti ais kerana rasanya tidak sama. Jika ingin memastikan bahan masakan anda tahan lama boleh ikut tips disini. Penggunaan cili kering yang adalah lebih elok dibandingkan dengan membeli cili pes segera. Apalah salahnya sekiranya kita meluangkan lebih masa di dapur demi menyediakan hidangan sedap.

Nasi Lemak Resipi Mudah Atau Susah?

Walaupun ramai sudah tahu cara menyediakan nasi lemak, namun apabila melihat orang lain menvariasikan cara masakan mereka menerusi laman sosial, itu mempengaruhi kita untuk mencuba resipi yang mereka lakukan. Pelbagai variasi yang dilakukan tinggal lagi anda yang harus memilih mengikut citarasa anda. Namun apa yang paling penting adalah masakan akan menjadi lebih sedap sekiranya dimakan dengan orang yang tersayang. Selamat mencuba.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More