Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kehebatan Selawat Azimiah: Kubur Luas & Mudah Urusan Dunia Akhirat

Berikut dikongsikan mengenai Selawat Azimiah yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan harian oleh setiap umat Islam.

Isi Kandungan

Apa Itu Selawat Azimiah?

Selawat Azimiah adalah salah satu jenis selawat yang memiliki keutamaan tersendiri dan ia dikatakan sebagai penghulu bagi segala selawat, kecuali selawat yang datang dari Rasulullah SAW sendiri melalui hadis yang sahih. 

Selawat ini masyhur diamalkan dalam kalangan ahli tarekat terutama Tarekat Ahmadiah, sebagai salah satu zikir asas dan ia juga diamalkan oleh individu yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Lafaz selawat ini mengandungi pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, serta permohonan rahmat dan salam sejahtera serta ia juga menyebutkan tentang keagungan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Teks Selawat Azimiah mengandungi makna mendalam tentang hubungan antara Allah SWT, Rasulullah SAW dan hamba-Nya, serta memohon penyatuan diri dengan Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.

Bagaimanakah Bacaan Selawat Azimiah?

Berikut adalah lafaz bacaan Selawat Azimiah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ الله الْعَظِيمِ الَّذِي مَلأَ أَرْكَانَ عَرْشِ الله الْعَظِيمِ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ الله الْعَظِيمِ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ وَعَلَى آلِ نَبِيِّ الله الْعَظِيمِ ﺑِﻘَﺪْﺭِ ﻋَﻈَﻤَﺔِ ﺫَﺍْﺕِ اللّٰهِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَد مَا فِي عِلْمِ الله الْعَظِيمِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ الله الْعَظِيمِ تَعْظِيماً لِحَقِّكَ يَا مَوْلاَنَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِراً وَبَاطِناً يَقَظَةً وَمَنَاماً وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحاً لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيمُ

Maksudnya:

“Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu dengan perantaraan Nur ‘Wajah’ Allah yang Agung, yang memenuhi tiang-tiang penyanggah ‘arasy Allah Yang Maha Agung; yang dengan (perantaraan Nur Allah tersebut) terciptalah seluruh alam semesta Allah Yang Maha Agung. Kiranya Engkau melimpahkan rahmat ta’zhim kepada junjungan kita Nabi Muhammad yang memiliki kedudukan yang agung, dan juga kepada keluarga Nabi Allah yang besar, berkat kedudukan Keagungan Dzat Allah Yang Maha Agung. Selawat yang terus menerus berkat Keabadian Allah Yang Maha Agung, sebagai Pengagungan terhadap hak-hak-Mu, wahai Tuhan kami.

Wahai Muhammad! Wahai Pemilik budi pekerti yang agung! Dan limpahkan salam sejahtera kepada beliau dan keluarganya seperti itu. Kumpulkanlah antara aku dan beliau, sebagaimana Engkau kumpulkan antara ruh dan jiwa, zahir dan batin, bangun dan tidur. Serta jadikanlah beliau, wahai Tuhanku, sebagai roh bagi jasadku dari seluruh segi di dunia sebelum akhirat, Wahai Yang Maha Agung.”

Kehebatan Selawat Azimiah: Kubur Luas & Mudah Urusan Dunia Akhirat 1

Cara mengamalkannya boleh dibaca seperti berikut:

  • Dibaca sekali selepas setiap solat fardhu.
  • Boleh juga dibaca 100 kali bagi yang mutasabbib (berusaha) dan 2,000 kali bagi yang mutajarrid (tidak berusaha). 

Kelebihan & Manfaat Selawat Azimiah

Fadhilat Selawat Azimiah sangat besar, bahkan dikatakan melebihi beribu-ribu kali ganda dari membaca Selawat Dalailul Khairat dan ia juga disebutkan sebagai penghulu segala selawat selain selawat yang sahih dari Nabi Muhammad SAW seperti Selawat Ibrahimiyah.

Berikut adalah beberapa fadhilat Selawat Azimiah, iaitu:

Ganjaran BerterusanGanjaran membaca selawat ini akan berterusan di dunia dan akhirat, bahkan tidak terhenti walaupun setelah meninggal dunia.
Pahala Berlipat GandaPahala membaca selawat ini terus berlipat ganda dan diperbaharui tanpa henti di dunia, alam barzakh, padang mahsyar dan syurga.
Keringanan Di Alam KuburMembaca selawat ini juga dikatakan dapat meringankan azab kubur dan memberikan penerangan serta keluasan di alam kubur bagi si mati.
Memperoleh SyafaatSelawat ini juga dipercayai dapat membantu memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW.
Pendekatan Kepada RasulullahAda juga yang berpendapat bahawa membaca selawat ini dapat mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW.
Pengganti Selawat LainSatu kali membaca selawat ini diyakini menyamai dengan membaca 20,000 kali Selawat Dalailul Khairat atau 70,000 kali selawat biasa.

Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menempatkan kita bersama dengan Nabi Muhammad SAW di syurga kelak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda meningkatkan amal ibadah pada setiap hari! Selamat beramal!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More