Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan adalah satu bentuk bantuan untuk warga Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Isi Kandungan

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

 

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan ini adalah satu bentuk bantuan kewangan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam atau Swasta.

 

 

Syarat-Syarat Permohonan

 

Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan terbahagi kepada dua kategori umur, dan syarat-syarat berkaitan dengannya seperti disenaraikan di bawah:

1. Syarat Wajib Permohonan bagi mereka yang berusia 21 tahun ke bawah

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Menetap di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah; dan
  • Ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan atau pemohon lahir di Wilayah Persekutuan

2. Syarat Wajib Permohonan bagi mereka yang berusia 21 tahun ke atas

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Menetap di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan perkapita RM1,000 ke bawah;
  • Pemohon merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan; dan
  • Syarat pemohon lahir di Wilayah Persekutuan tidak diwajibkan.

 

Syarat-syarat tambahan:

  • Pemohon yang masih menuntut di semester 1, tahun pertama sahaja yang layak memohon.
  • Kursus pengajian adalah bagi peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran(PhD) sepenuh masa sahaja.

 

Cara Mengira Pendapatan Perkapita :

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

 

 

Cara Permohonan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan WP

 

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di pautan berikut: Borang Permohonan

 

Arahan Mengisi Borang Permohonan:

  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan semua maklumat hendaklah ditulis dengan pen dalam HURUF BESAR.
  • Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau setaraf dengan cop rasmi sebagai tanda benar:-

A) Bahagian salinan dokumen pengenalan diri

  • Gambar terbaru pelajar berukuran passport.
  • Salinan kad pengenalan pelajar.
  • Salinan sijil kelahiran pelajar.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (bagi pelajar yang telah berkahwin).
  • Salinan sijil/kad nikah (bagi pelajar yang telah berkahwin).
  • Salinan kad pengenalan bapa/penjaga.
  • Salinan kad pengenalan ibu/penjaga.
  • Salinan sijil kematian jika ibu/bapa meninggal dunia.
  • Salinan surat perakuan cerai ibu/bapa.
  • Salinan kad pengenalan isi rumah (ahli keluarga yangdalam tanggungan.)
  • Salinan kad OKU (jika ahli keluarga pemegang kad OKU).
  • Salinan bil utiliti.

B) Bahagian salinan dokumen pendapatan/bantuan.

  • Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan bapa/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan anak-anak).
  • Salinan terkini slip gaji/slip pencen/akuan sumpah pendapatan ibu/penjaga (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan) bagi tidak bekerja atau bekerja sendiri (nyatakan jumlah pendapatan + sumbangan anak-anak)
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Baitulmal MAIWP (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika ibu/bapa penerima bantuan).
  • Salinan penyata/surat makluman penerima bantuan kewangan bulanan daripada PERKESO (jika ibu/bapa penerima bantuan).

*Sekiranya terdapat isi rumah yang bekerja, sila lampirkan slip gaji/akuan sumpah pendapatan (sah bagi tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan)

C) Bahagian salinan dokumen pengajian.

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT.
  • Salinan resit pembayaran yuran pengajian/slip transaksi pembayaran kepada IPT.

 

PERINGATAN

  • Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan.
  • Permohonan ini akan ditolak sekiranya didapati mana-mana bahagian dari maklumat yang diberi tidak lengkap dan tidak benar.

 

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan, anda boleh hubungi Yayasan Wilayah Persekutuan:

 

Yayasan Wilayah Persekutuan

Wisma YWP, No. 134,
Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu,
50300 Kuala Lumpur.

Telefon : +603 2698 3073 / 2073 
Faks : +603 2698 3075

Emel : [email protected]

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian mengenai Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan ini dapat menyalurkan maklumat dan seterusnya membantu pelajar-pelajar di luar sana bagi meringankan beban apabila hendak melangkah ke dunia pengajian tinggi. Selamat maju jaya diucapkan buat semua pelajar-pelajar.

Untuk lebih info terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Bantuan Kewangan KPT Untuk Pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More