Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit

Mungkin ada yang masih belum tahu tentang kewujudan Skim Rumah Pertamaku (My First Home), iaitu sebuah skim pinjaman perumahan yang terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Melalui skim ini, pemohon yang layak boleh mendapat pembiayaan pinjaman perumahan hingga 110%, bermaksud pinjaman tanpa deposit 10% yang biasa dikenakan untuk membeli rumah. Menarik kan?

Dan lagi satu, jangan ingat penjawat awam saja yang boleh dapat bantuan-bantuan perumahan, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pun layak pun layak untuk memohon skim ini.

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit

Isi Kandungan

Apakah Skim Rumah Pertamaku?

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Ia diperkenalkan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.  Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Cagamas SRP Berhad (“CSRP”) akan menjamin sehingga 20% pertama atas dasar ‘kerugian pertama’.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan individu bagi memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
    • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
    • Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
  • Harta Yang Layak

Rumah kediaman yang bagaimana layak untuk dibeli oleh pemohon Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

Berikut adalah syarat harta yang layak dibeli melalui pembiayaan SRP:

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku

Jika pemohon telah menepati semua syarat kelayakan di atas, ada beberapa lagi syarat pembiayaan yang perlu diketahui juga ya.

Berikut adalah keperluan pembiayaan Skim Rumah Pertamaku (SRP):

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans / takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
  • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://learn.akpk.org.my
  • Tempoh moratorium selama 5 tahun

Skim Rumah Pertamaku: Cara Mohon Pinjaman Tanpa Deposit

Bank Yang Terlibat

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim Rumah Pertamaku (My First Home Scheme) ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

  1. Affin Bwank Berhad
  2. Alliance Bank Malaysia Berhad
  3. Ambank Berhad
  4. Bank Islam Malaysia Berhad
  5. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  6. CIMB Bank Berhad
  7. Hong Leong Bank Berhad
  8. Maybank Berhad
  9. OCBC Bank Malaysia Berhad
  10. Public Bank Berhad
  11. RHB Bank Berhad
  12. RHB Islamic Bank Berhad
  13. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
  14. United Overseas Bank Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku (SRP) di pautan: http://www.srp.com.my/

ATAU Rujuk Soalan Lazim (FAQ) SRP di sini : http://www.srp.com.my/bm/faq.html dan brosur di SINI.

ATAU hubungi bank-bank yang terlibat seperti dalam senarai di atas.

Artikel lain: Vaksin Pfizer-BioNTech Sesuai untuk Ibu MengandungGaris Panduan Terkini Vaksin Bagi Ibu Hamil dan Menyusu

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More