Surah Al-Insyirah: Banyak Fadhilat Jika Amal Dalam Kehidupan Harian

Berikut dikongsikan sedikit mengenai Surah Al-Insyirah yang kita boleh amalkan dalam kehidupan harian yang pasti memberi pelbagai kelebihan kepada kita.
Isi Kandungan
Setelah Kesulitan, Pasti Ada Kemudahan
“Ujian Itu Berat, Tapi Janji Allah Lebih Pasti.”
Setiap insan pasti diuji!
Ada yang diuji dengan kesempitan hidup, ada yang diuji dengan kehilangan, dan ada pula yang diuji dengan kesakitan yang tidak berpenghujung.
Kadangkala, ujian itu terasa begitu berat, hingga hati sering bertanya, “Kenapa aku yang dipilih?”
Namun, ingatlah, setiap ujian yang Allah SWT berikan bukan untuk membebankan, tetapi untuk menguatkan!
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah: 286 yang bermaksud:
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…”
Ayat ini adalah bukti bahawa Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-Nya.
Setiap ujian yang datang sudah diukur dengan keupayaan kita. Mungkin hari ini terasa sukar, tetapi yakinlah bahawa esok ada sinar yang lebih baik menanti.

Surah Al-Insyirah, Ayat 1 – 8
Al-Insyirah adalah surah ke-94 di dalam Al-Quran, dengan lapan ayat.
Oleh kerana subjek, panjang, gaya dan penempatannya dalam Al-Quran, surah ini sering digabungkan dengan Surah Ad-Dhuha (Surah Ke-93). Mereka biasanya dianggap telah didedahkan pada masa yang sama.
Perkara Al-Insyirah nampaknya merupakan kesinambungan daripada jaminan dan galakan yang diberikan dalam bab sebelumnya dan sangat mirip dengannya sehingga kedua-dua Surah ini nampaknya telah diturunkan dalam tempoh yang sama dalam keadaan yang sama.
Berikut adalah Surah Al-Insyirah, ayat 1 – 8.
Ayat | Maksudnya | Tadabbur |
---|---|---|
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ١ | Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? | Kata Kunci: Lapangkan Dada |
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ٢ | Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam). | Kata Kunci: Meringankan Beban |
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ ٣ | Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? | Kata Kunci: Yang Berat |
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ ٤ | Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? | Kata Kunci: Diangkat Darjat Nabi |
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا ٥ | Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. | Kata Kunci: Susah Sebelum Senang |
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا ٦ | (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. | Kata Kunci: Susah Sebelum Senang |
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ ٧ | Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). | Kata Kunci: Berterusan Berbuat Baik |
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب ٨ | Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). | Kata Kunci: Memohon Kepada Tuhan |
Kelebihan Surah Al-Insyirah
Surah Al-Insyirah adalah salah satu surah yang memberi banyak manfaat kepada pembacanya, antara kelebihannya adalah seperti berikut:
Dipermudahkan Segala Urusan | Sekiranya dibaca selepas solat fardhu, akan dipermudahkan segala urusan. Selain itu, segala keperluan dan rezeki turut akan dipermudahkan oleh Allah SWT. |
Diberi Kekayaan | Sentiasa mengamalkan bacaan surah ini sebanyak 40 kali selepas setiap waktu solat. |
Terhindar Dari Segala Masalah | Amalan surah ini juga boleh menghindarkan masalah serta kesukaran dalam setiap urusan dengan pertolongan daripada Allah SWT. Dada juga akan menjadi lapang bagi sesiapa yang membaca surah ini. |
Menjadi Lebih Positif | Fikiran akan menjadi lebih positif bagi sesiapa yang membaca ini. Kelebihan surah ini adalah dapat menutup ruang-ruang negatif di dalam minda dan diri kita dalam kehidupan seharian. |
Rajin Dalam Mengerjakan Ibadah | Bagi anda yang kurang sifat kerajinan untuk melalukan ibadah, boleh cuba amalkan surah ini. Hati anda pasti akan terasa lebih suka untuk mengerjakan amal ibadah serta dihilangkan rasa sifat jemu dalam beribadah. Justeru, penting untuk kita ajarkan surah ini kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka akan lebih rajin dan mudah beristiqamah melakukan ibadah sejak kecil hingga mereka besar. |
Menghilangkan Rasa Dukacita | Bacaan surah ini selepas solat fardhu, Allah SWT akan menghilangkan segala dukacita dalam hatinya. Allah SWT juga akan mengurniakan kegembiraan buat mereka. |
Terhindar Dari Kesempitan Hidup | Kesempitan hidup dari segi rezeki yang berkurangan, kesihatan yang lemah serta kesukaran yang sering terjadi dalam hidup memerlukan anda segera bertindak. Bacalah surah ini selalu agar terhindar dari kesempitan hidup. |
Menghindari Sifat Malas | Kelebihan surah ini juga dapat memudahkan seseorang melakukan kerja seperti yang diimpikannya. Mereka dapat menghindari sifat malas malah akan lebih mudah untuk mendapat rezeki. Fikiran dan minda juga akan lebih lapang dan luas. |
Hajat Mudah Dikabulkan | Apabila anda mempunyai sesuatu hajat yang penting, anda boleh melaksanakan solat sunat Hajat atau solat sunat Tahajjud di tengah malam. Jangan lupa untuk baca Surah Al-Insyirah sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. In Sha Allah segala hajat anda akan tercapai dan dimakbulkan oleh Allah SWT. |
Dapat Melihat Perkara-perkara Yang Ajaib | Jika anda membaca dan mengamalkan Surah Al-Insyirah ini ketika waktu dhuha sebanyak 200 kali pada tiap-tiap hari, In Sha Allah Allah SWT akan memperlihatkan perkara-perkara yang ajaib kepada pengamalnya. |
Itulah antara kelebihan-kelebihan membaca dan mengamalkan Surah Al-Insyirah yang ramai tidak tahu. Jom sama-sama kita amalkannya!

Diharapkan dengan sedikit perkongsian mengenai Surah Al-Insyirah ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana.
Artikel Berkaitan: Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Mulk.