Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H Mengikut Negeri Di Malaysia

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi portal rasminya. Ramadan untuk tahun 2023 (Masihi) bersamaan 1444 (Hijrah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia.

Jadual atau takwim tersebut boleh membantu seluruh umat Islam di seluruh negeri di Malaysia untuk membuat semakan waktu imsak dan waktu berbuka puasa semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

Isi Kandungan

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H

Puasa bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakannya oleh setiap orang Islam yang mukallaf dan meninggalkannya tanpa uzur adalah berdosa besar, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“ Sesiapa yang berbuka puasa satu hari pada bulan Ramadan tanpa uzur atau sakit ia tidak akan mendapat kelebihan yang sama dengan satu hari bulan Ramadan sekalipun ia mengqadhakannya semula sepanjang tahun”

(H.R. Bukhari)

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik pada pautan mengikut nama negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada jadual di bawah:

TAKWIM IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2023 1444H MENGIKUT NEGERI

SABAH

WILAYAH PERSEKUTUAN – LABUAN

SARAWAK

JOHOR

MELAKA

NEGERI SEMBILAN

WILAYAH PERSEKUTUAN – KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

SELANGOR

PAHANG

TERENGGANU

KELANTAN

PERAK

KEDAH

PERLIS

PULAU PINANG

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H

Bersahur

Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi SAW:

فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ، أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur.”

(Riwayat Muslim)

Kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur.

Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Selain itu, Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi SAW:

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang.

Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya.

Semoga kita memperolehinya dan lafaz niat puasa ramadan juga wajib diketahui oleh semua umat Islam yang berpuasa.

Berbuka Puasa

Iftar atau berbuka puasa merujuk kepada makan petang apabila tiba waktu maghrib untuk berbuka pada bulan Ramadan. Umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah kurma atau makanan manis lain.

Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang pula telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Sahl bin Saad RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Orang yang menyegerakan berbuka puasa setelah masuk waktunya mendapat kebaikan yang berterusan.”

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Doa Berbuka Puasa

  • Doa berbuka puasa boleh dibaca sama ada berseorangan atau beramai-ramai.
  • Doa berbuka puasa secara berseorangan adalah:

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman, kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

  • Doa berbuka puasa secara beramai-ramai adalah:

اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا وَبِكَ آمَناَّ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفْطَرْناَ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya :
“Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman, kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H

Kesimpulan

Umat Islam yang berpuasa hendaklah bersahur dan berbuka puasa dengan mengikuti Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah SWT.

Semoga sedikit perkongsian tentang Takwim Waktu Imsak Dan Berbuka 2023 1444H mengikut negeri seluruh Malaysia ini memberi manfaat kepada anda di luar sana. Selamat menunaikan ibadah puasa pada Bulan Ramadan. Semoga amalan-amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More