Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Zikir Fatimah: Amalan Meringankan Kepenatan Mengurus Rumah Tangga

Berikut dikongsikan mengenai Zikir Fatimah yang banyak kelebihan dan faedahnya untuk diamalkan dalam kehidupan harian oleh setiap umat Islam.

Isi Kandungan

Apa Itu Zikir Fatimah?

Zikir Fatimah adalah amalan membaca tasbih, tahmid dan takbir yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada putrinya, Fatimah Az-Zahra, dan suaminya, Ali bin Abi Thalib.

Zikir ini bertujuan untuk meringankan kepenatan dan kesulitan dalam mengurus rumah tangga.

Fatimah mengeluh letih mengurus rumah, lalu Nabi Muhammad SAW mengajarkan zikir ini sebagai ganti pembantu.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

أَلاَ أَدُلُّكُمَا عَلَى مَا هُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ؟ إِذَا أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا، أَوْ أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا، فَكَبِّرَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَسَبِّحَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، وَاحْمَدَا ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ، فَهَذَا خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Maksudnya: “Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.”

Ali bin Abi Thalib RA berkata:

فَمَا تَرَكْتُهَا بَعْدُ

Maksudnya: “Aku tidak pernah meninggalkan amal itu setelahnya (setelah Ali bin Abi Thalib RA mendengarnya dari Nabi Muhammad SAW).”

Ditanyakan kepada Ali bin Abi Thalib RA:

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ؟

Maksudnya: “Bagaimana ketika malam perang Shiffin?” (iaitu peperangan yang masyhur, yang terkadang melalaikan seseorang daripada berzikir kepada Allah SWT).

Ali bin Abi Thalib RA menjawab:

وَلاَ لَيْلَةَ صِفِّينَ

Maksudnya: “Tidak sesekali (aku tinggalkan) walaupun ketika perang Shiffin.”

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim

Amalan Zikir Fatimah, yang terdiri dari bacaan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), dan takbir (Allahuakbar) ini masing-masing perlu dibaca sebanyak 33 kali, serta tahlil (La ilaha illallah) sekali, memiliki banyak kelebihan. 

Zikir ini dianjurkan untuk dibaca pada setiap malam sebelum tidur kerana zikir ini memiliki keutamaan yang besar dan menjadi amalan sunnah yang sangat dianjurkan.

Bagaimanakah Bacaan Zikir Fatimah?

Berikut adalah lafaz bacaan Zikir Fatimah:

SubhanAllah (سُبْحَانَ الله) – Maha Suci Allah (33 Kali) 

Alhamdulillah (الْحَمْدُ لله) – Segala Puji Bagi Allah (33 Kali) 

Allahu Akbar (اللهُ اَكْبَر) – Allah Maha Besar (33 Kali)

Kepada yang belum pernah mengamalkan Zikir Fatimah sebelum tidur, bermula dari malam ini, marilah kita sama-sama amalkannya.

Istiqamahlah dgn amalan tersebut dan InsyaAllah kita akan merasai kelebihan Zikir Fatimah ini sewaktu kita bangun dari tidur.

Zikir Fatimah: Amalan Meringankan Kepenatan Mengurus Rumah Tangga 1

Kelebihan & Manfaat Zikir Fatimah

Berikut adalah beberapa fadhilat Zikir Fatimah, iaitu:

Melegakan KeletihanAmalan zikir ini membantu meringankan beban dan kepenatan selepas seharian beraktiviti terutama bagi wanita yang menguruskan rumah tangga.
Mendapat BerkatMengamalkan zikir ini juga diyakini membawa keberkatan dalam kehidupan.
Ketenangan Jiwa Dan FikiranZikir ini membantu menenangkan hati dan fikiran, terutama bagi wanita yang sering merasa lelah dan terbebani dengan tugas harian.
Pengurangan KebimbanganPengamalan zikir ini secara rutin dapat membantu mengurangi kecemasan dan kegelisahan, serta memberikan rasa damai dan ketenangan.
Mengeratkan Hubungan Dengan Allah SWTZikir ini adalah cara mendekatkan diri kepada Allah SWT, memohon redha-Nya, dan mempereratkan tali silaturahim.
Kemudahan BersalinApabila dibacakan pada minyak dan diminum, zikir ini dipercayai dapat memudahkan proses kelahiran. Selain itu, wanita juga boleh mengamalkan doa mudah bersalin untuk memudahkan proses kelahiran.
Doa DimakbulkanSesetengah kepercayaan menyatakan bahawa membaca zikir ini dengan bersungguh-sungguh dapat membantu doa dimakbulkan.
Perlindungan Daripada Pelbagai BahayaDipercayai bahawa zikir ini dapat memberikan perlindungan daripada pelbagai bahaya, seperti binatang buas, musuh dan bencana.
Penyembuhan Daripada PenyakitZikir ini juga dikaitkan dengan penyembuhan daripada pelbagai penyakit termasuk penyakit yang disebabkan oleh jin atau syaitan.
Perlindungan Daripada KejahatanAmalan zikir ini dipercayai dapat melindungi diri daripada kejahatan dan tipu daya musuh.

Walaupun terdapat pelbagai kelebihan yang dikaitkan dengan zikir ini, namun perlu diingat bahawa segalanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya untuk wanita-wanita di luar sana dan seterusnya dijadikan panduan untuk anda semua untuk meningkatkan amal ibadah pada setiap hari!

Selamat beramal!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More