Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 2025M/1446H

Berikut dikongsikan mengenai tarikh-tarikh penting pada bulan Zulhijjah 2025 dan amalan-amalan terbaik yang boleh dilakukan oleh umat Islam sepanjang tarikh penting tersebut.

Isi Kandungan

Bulan Zulhijjah Merupakan Antara Bulan Penting Dalam Kalendar Islam

Bulan Zulhijjah adalah bulan yang sangat penting bagi umat Islam kerana ia adalah bulan terakhir dalam kalendar Takwim Hijrah.

1 Zulhijjah 1446 Hijrah adalah bersamaan dengan 29 Mei 2025 Masihi.

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam bagi tahun 2025.

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 2025M/1446H 1

Keistimewaan & Fadhilat 10 Awal Zulhijjah

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini, iaitu baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Beramal pada 10 hari ini lebih disukai oleh Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa sebarang pengecualian. Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : “Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 awal Zulhijjah ini adalah:

  1. Berpuasa sunat di siang hari.
  2. Beribadah di malam hari (Qiamullail).
  3. Perbanyakkan solat sunat.
  4. Berbuat baik pada ibu dan bapa.
  5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran.
  6. Bertutur tentang perkara yang baik.
  7. Membantu orang susah.
  8. Memperbanyakkan zikir.

10 awal Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa, semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amalan dan kebajikan untuk bekalan di akhirat kelak.

Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 2025M/1446H

Tarikh-tarikh penting bulan Zulhijjah 2025 adalah seperti berikut:

Tarikh HijrahTarikh MasihiHari PentingJenis Puasa
1 Zulhijjah 1446H29 Mei 2025 (Khamis)Awal ZulhijjahPuasa Sunat Zulhijjah
2 Zulhijjah 1446H30 Mei 2025 (Jumaat)Puasa Sunat Zulhijjah
3 Zulhijjah 1446H31 Mei 2025 (Sabtu)Puasa Sunat Zulhijjah
4 Zulhijjah 1446H1 Jun 2025 (Ahad)Puasa Sunat Zulhijjah
5 Zulhijjah 1446H2 Jun 2025 (Isnin)Puasa Sunat Zulhijjah
6 Zulhijjah 1446H3 Jun 2025 (Selasa)Puasa Sunat Zulhijjah
7 Zulhijjah 1446H4 Jun 2025 (Rabu)Puasa Sunat Zulhijjah
8 Zulhijjah 1446H5 Jun 2025 (Khamis)Hari TarwiyahPuasa Sunat Tarwiyah
9 Zulhijjah 1446H6 Jun 2025 (Jumaat)Hari ArafahPuasa Sunat Hari Arafah
10 Zulhijjah 1446H7 Jun 2025 (Sabtu)Hari Raya AidiladhaHaram Puasa
11 Zulhijjah 1446H8 Jun 2025 (Ahad)Hari TasyrikHaram Puasa
12 Zulhijjah 1446H9 Jun 2025 (Isnin)Hari TasyrikHaram Puasa
13 Zulhijjah 1446H10 Jun 2025 (Selasa)Hari TasyrikHaram Puasa
Zulhijjah 2025

Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Amalan utama pada bulan Zulhijjah adalah memperbanyakkan berpuasa, iaitu sebaik-baiknya berpuasa selama 9 hari berturut-turut daripada 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah.

Tetapi, jika tidak mampu berbuat demikian dan hanya mampu untuk berpuasa 2 hari sahaja boleh melaksanakan puasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan puasa sunat hari Arafah (9 Zulhijjah).

Malah, jika tidak mampu juga untuk berpuasa selama 2 hari, pilihlah untuk berpuasa pada hari Arafah kerana keutamaan berpuasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa 2 tahun iaitu satu tahun yang lalu dan satu tahun yang akan datang.

Selain perbanyakkan berpuasa pada 10 hari awal bulan Zulhijjah, umat Islam juga dianjurkan untuk perbanyakkan zikir kepada Allah SWT dan perbanyakkan membaca surah Al-Ikhlas.

Tarikh-Tarikh Penting Bulan Zulhijjah 2025M/1446H 2
Zulhijjah 2025

Semoga perkongsian mengenai hari-hari penting pada bulan Zulhijjah 2025 ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada bulan Zulhijjah 2025 ini supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More