Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP telah dibuka untuk permohonan bagi membantu pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Di sini kami kongsikan sedikit sebanyak mengenai Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini, serta bagaimana untuk membuat permohonan.Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

 

 

Isi Kandungan

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

 

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab boleh memohon pelbagai Skim Bantuan Zakat Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Antara contoh golongan tersebut di atas adalah orang miskin berpendapatan rendah, pelajar sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, dan lain-lain lagi.

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini adalah sebahagian daripada Skim Bantuan Zakat oleh MAIWP, bertujuan untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat dua syarat-syarat untuk memohon Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP ini, iaitu syarat umum dan khusus yang akan diterangkan lagi di bawah.

 

 

Syarat-Syarat Kelayakan

 

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP:

 

1. Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

 

2. Syarat Khusus

  • Pengajian Sepenuh Masa / Separuh Masa
  • Peringkat pengajian Sijil sehingga PhD
  • Bidang pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kursus yang boleh dibantu (tidak termasuk Kursus Profesional)
  • Permohonan setahun sekali mengikut tempoh pengajian
  • Tempoh pengajian 6 bulan ke atas
  • Bagi bekas pelajar di bawah institusi bawah MAIWP perlu melampirkan surat pengesahan
  • Borang permohonan dan senarai semak borang bantuan sila rujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan. Anda juga boleh muat turun borang permohonan DI SINI, dan senarai semak Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP DI SINI.

 

 

Had al-Kifayah

 

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP 1

 

Dokumen Yang Diperlukan

 

Untuk membuat permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP, dokumen-dokumen berikut perlu disediakan untuk dilampirkan bersama dengan borang:

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL
  8. Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)
  9. Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)
  10. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

 

Lain-lain dokumen sekiranya berkaitan dengan permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT seperti berikut:

Keluarga bercerai. : Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

 

 

Cara Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

 

Untuk membuat permohonan, anda boleh dapatkan borang permohonan dan senarai semak borang bantuan dengan  merrujuk laman web MAIWP atau Pusat Agihan Zakat yang berdekatan.

Anda juga boleh muat turun borang permohonan DI SINI, dan senarai semak Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP DI SINI.

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter)

Sebarang maklumat lanjut berkenaan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP boleh diajukan kepada MAIWP di alamat dan nombor telefon berikut:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Aras G,1,20,22,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh, 51200
Kuala Lumpur

Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami kali ini berkenaan dengan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP dapat membantu pelajar di luar sana untuk mendapat lebih banyak info akan pelbagai saluran untuk mendapatkan bantuan bagi melanjutkan pengajian mereka. Selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar kami ucapkan.

Untuk lebih informasi, ikuti kami dengan klik pautan berikut:  t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

Nombor Pin UPU BSN 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More