Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP

Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP yang merupakan bahagian kelima di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 5 : Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP seperti di bawah.

Isi Kandungan

Dapatkan “Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download  secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Bahagian 5 : Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP

Bab kelima pula melibatkan penilaian pdp dan kepimpinan guru.

1- Penilaian PDP

Item pertama adalah penilaian pdp. Bagi item ini, guru perlu sertakan borang pemantauan atau pencerapan pdp guru oleh pentadbir. Sekurangnya dua atau tiga borang cerapan sepanjang tahun yang telah dicerap oleh pentadbir. Cerapan oleh ketua panitia juga dibenarkan untuk menjadi salah satu penilaian.

Headcount markah murid juga boleh menjadi bahan bukti keberkesanan pdp. Cetak sahaja pencapaian murid sepanjang tahun melalui SAPS dan highlightkan murid-murid yang membuat peningkatan mendadak dan juga peningkatan sederhana.

Jika anda guru tahun 6, cetak pencapaian bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru. Jika guru BM, BI dan MATEMATIK tahap 1 , cetak pencapaian murid bagi setiap saringan LINUS yang dijalankan.

2- Rakaman Video Pengajaran dan Kepimpinan

Item kedua adalah rakaman video pengajaran dan kepimpinan.

Bagi merakam pdp, boleh dirakam semasa dalam kelas walaupun ketika itu tiada pencerapan. Disarankan penggunaan action cam sangat memudahkan urursan guru merakam kerana kamera tersebut dapat dikawal  menggunakan telefon guru sendiri.

3- Maklum balas dan Penilaian Murid/Ketua Jabatan

Item ketiga adalah maklum balas dan penilaian daripada murid atau ketua jabatan. Borang pemantauan ini boleh diperolehi daripada pihak pentadbir. Bagi penilaian daripada murid pula, terdapat borang senarai semak tersendiri yang boleh diguna pakai.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Penilaian PDP, Kepimpinan PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More