Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kewangan KPT Untuk Pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi

Bantuan Kewangan KPT Untuk Pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi

Bantuan Kewangan KPT Untuk Pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi telah disediakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) buat pelajar-pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi Universiti Awam di seluruh Malaysia.

Bantuan Kewangan KPT

 

Isi Kandungan

Bantuan Kewangan KPT

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ada menyediakan bantuan kewangan khas untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti, dan juga 12 Pusat Asasi Universiti Awam di Malaysia. Bantuan ini bertujuan meringankan beban keluarga pelajar, seterusnya memastikan pelajar dapat fokus dalam pengajian mereka.

Bantuan ini terbahagi kepada dua, mengikut kepada jenis pengajian yang diikuti iaitu:

  1. Kolej Komuniti
  2. Pusat Asasi Universiti Awam

 

 

Bantuan Kewangan KPT Pelajar Kolej Komuniti

Bantuan Kewangan KPT

 

1. Syarat-syarat dan Kriteria Kelayakan

Bantuan Kewangan KPT ini adalah khusus untuk pelajar kolej komuniti di Malaysia, mengikut syarat-syarat dan kriteria kelayakan berikut:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia; 
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil); 
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah; 
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin); 
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan 
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

 

2. Jumlah Bantuan Kewangan KPT

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

 

3. Tajaan/Biasiswa Agensi Lain?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPT.

 

4. Siapa Yang Layak?

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah. 

 

5. CGPA Minimum

Pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

 

6. Siapa Boleh Dihubungi?

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama : 03 – 8870 6000 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

 

 

Bantuan Kewangan KPT Pelajar 12 Pusat Asasi Universiti Awam (UA)

Bantuan Kewangan KPM

 

1. Syarat-syarat dan Kriteria Kelayakan

Bantuan Kewangan KPT ini adalah khas buat pelajar 12 buah pusat asasi Universiti Awam di Malaysia, mengikut syarat-syarat dan kriteria kelayakan berikut:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

2. Jumlah Bantuan Kewangan KPT

Pelajar akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM 3,920 setahun/sepanjang tempoh pengajian.  Pecahan kepada bantuan kewangan sebanyak RM3,920.00 adalah seperti berikut:

i. Elaun Wang Saku : RM 2,500.00 setahun

ii. Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan : RM1,420.00 setahun

iii. Tambang penerbangan sekali (pergi dan balik untuk pelajar Sabah, Sarawak dan Labuan atau sebaliknya).

 

3. Tajaan/Biasiswa Agensi Lain?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPT.  Pelajar perlu membayar balik kepada KPT sejumlah wang yang telah diberikan kepada pelajar sekiranya menerima tawaran tajaan/biasiswa lain ataupun pelajar perlu menolak tajaan/biasiswa lain sekiranya pelajar menerima Bantuan Kewangan Asasi di bawah KPT.

 

4. Sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian?

Pelajar perlu membayar balik jumlah perbelanjaan sebenar yang telah ditaja oleh KPT kepada pelajar sekiranya pelajar gagal menamatkan pengajian dengan jayanya. 

 

5. Bagaimana semak Status Permohonan?

Tawaran kepada pelajar baharu dibuat berdasarkan kepada senarai yang dikemukakan oleh pihak Universiti Awam kepada KPT setelah pelajar selesai mendaftar kursus di pusat pengajian asasi masing-masing.

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPT.  Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Borang penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar UA masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPT.

 

6. Siapa boleh dihubungi?

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit SLAB/SLAI
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYATalian Hotline : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian berkenaan Bantuan Kewangan KPT Untuk Pelajar Kolej Komuniti dan Pusat Asasi kali ini dapat membantu pelajar di luar sana dalam membuat persediaan sebelum melangkah ke alam pengajian tinggi selepas tamat sekolah. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan.

Untuk lebih maklumat terkini tentang pendidikan, sila klik pautan ini: t.me/tcerdotmy 

 

Artikel berkaitan:

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

Nombor Pin UPU BSN 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More