Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022 telah diumumkan Menteri Besar Pahang, dan bantuan tunai sebanyak RM1200 akan diberikan kepada 8000 orang penjawat awam di Negeri Pahang. Bantuan akan mula dibayar kepada semua penjawat awam pada 20 April 2022 nanti.

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
Pejabat SUK Negeri Pahang, Sumber Berita Harian

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Khas Aidilfitri Pahang?

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang adalah satu bentuk bantuan kewangan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, dan khusus untuk penjawat awam di negeri Pahang. Bantuan ini telah diumumkan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 bagi Tahun 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
Wan Rosdy pada Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Prihatin Pahang 2022, Sumbangan Awal Persekolahan Murid Tahun 1 Bagi Tahun 2022 di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan, Kuantan.- Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang (Sumber Berita Harian)

 

Menurut Menteri Besar, Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022 ini dapat dilaksanakan oleh kerana kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang kukuh. Ia juga adalah bagi menghargai sumbangan serta khidmat bakti penjawat awam di negeri Pahang, serta dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti. Ia juga diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi penjawat awam negeri Pahang untuk meningkatkan prestasi kerja serta berkhidmat dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri, menurut beliau lagi. (Sumber Berita Harian)

Sumber Video: Youtube Rasmi Harian Metro

Soalan Lazim

Bila Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022 Akan Dibayar?

Menurut Menteri Besar Pahang dalam kenyataannya yang dipetik dari Astro Awani, pembayaran bantuan khas ini akan dilaksanakan pada 20 April 2022. (Sumber: Astro Awani)

Berapakah Kadar Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022?

Bantuan yang akan diterima setiap penjawat awam negeri Pahang adalah sebanyak RM1,200. Bantuan ini telah  meningkat daripada RM1,000 pada tahun lepas.

Berapakah Jumlah Peruntukan Terlibat?

Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022 ini membabitkan semua gred perjawatan kakitangan awam di negeri Pahang seramai 8000 orang, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM9.6 juta.

Senarai Bantuan Khas Aidilfitri Terkini

Selain Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022, berikut adalah beberapa Bantuan Khas bersempena Hari Raya Puasa yang bakal menjelang:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia buat semua pembaca TCER.my.

 

 

 

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More