Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 adalah satu bentuk bantuan kerajaan di bawah agensi RISDA dan permohonan telah dibuka sejak 5 Mei 2022. Bantuan ini adalah terbuka kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang menepati syarat kelayakan.

Bantuan Musim Tengkujuh
Sumber Facebook Rasmi RISDA

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)?

Dalam pembentangan Bajet 2022 oleh Kerajaan Malaysia pada Oktober tahun lalu, kelulusan telah diberikan untuk Bantuan Musim Tengkujuh bagi tahun 2022 (BMT 2022) bagi membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh. Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah disalurkan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA dengan peruntukan sebanyak RM191 juta melibatkan 232,319 orang pekebun kecil RISDA dan juga 86,323 orang pekebun kecil Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Bantuan Musim Tengkujuh
Sumber daripada https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Soalan Lazim Berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh

Siapa Yang Boleh Mohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022?

Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan BMT 2022 secara atas talian sepenuhnya di laman web berikut: https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Berapakah Kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022?

Kadar BMT 2022 adalah sebanyak RM600 setiap seorang.

Bilakah Permohonan Boleh Dibuat?

Permohonan BMT 2022 dibuka mulai 5 Mei 2022 sehingga 15 September 2022.

Nota: Bayaran bantuan akan dibuat secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Mohon BMT 2022?

Untuk memohon Bantuan Musim Tengkujuh 2022, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut kategori:

1. Pekebun Kecil RISDA

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai tanah dengan jumlah keluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara aggregat
  • Pemilik tanah yang sah
  • Hanya seorang penerima sahaka untuk satu lot tanah (tanpa ambil kira bilangan ahli kongsi)
  • Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali bantuan sahaja

2. Penoreh Bukan Pemilik

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh getah di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Mendapat pengesahan oleh pemilik tanah yang sah
  • Hanya seorang penerima bantuan sahaja untuk satu lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
  • Seorang penoreh hanya layak menerima sekali bantuan sahaja

Bantuan Musim Tengkujuh

Bagaimana Untuk Mohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022?

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak untuk memohon boleh berbuat demikian serta kemas kini maklumat permohonan BMT 2022 di Portal Pekebun Kecil RISDA atau hadir ke mana-mana Pejabat RISDA berhampiran anda.

Untuk maklumat terperinci, layari laman web Pekebun Kecil Makmur RISDA untuk segala informasi berkenaan permohonan BMT 2022: https://pekebunkecilmakmur.com.my/

Apakah Dokumen Sokongan Yang Diperlukan?

Dokumen sokongan bagi permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 adalah mengikut kepada kategori pemohon seperti berikut:

1. Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

2. Pemohon penoreh bukan pemilik:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Kaedah Penerimaan Bantuan BMT 2022

Bagi pemohon yang layak menerima bantuan ini, permohonan akan diproses untuk pembayaran bantuan. Pembayaran akan dilakukan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah anda daftarkan ketika membuat permohonan.

Nota: Nombor akaun Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk tujuan bayaran bantuan.

Tempoh Rayuan BMT 2022

Untuk mereka yang mana permohonan ditolak, rayuan boleh dibuat permohonan mulai 16 September 2022 hingga 31 Oktober 2022.

Kemaskini Maklumat

Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang telah berdaftar, sila layari https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan.

Semakan Kelulusan

Anda boleh membuat semakan di pautan berikut : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

Bantuan Musim Tengkujuh

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2022 

Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik pautan di bawah ini:

MOHON SEKARANG

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Info Bantuan Terkini

Selain Bantuan Perkahwinan Kelantan, di sini kami kongsikan juga beberapa bantuan yang ada untuk rakyat Malaysia:

  1. Bantuan Kasih Bangsa Johor telah diumumkan kerajaan negeri Johor bulan lalu, dan akan memanfaatkan pelbagai lapisan rakyat negeri Johor. Boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini boleh disemak dan dibuat permohonan rayuan. Anda boleh semak dan ketahui cara untuk membuat rayuan di pautan ini: Permohonan Rayuan BKM 2022
  3. Bantuan pembiayaan perumahan sudah boleh dimohon, terutama bagi bakal pemilik rumah yang pertama. Ketahui cara memohon di sini: Inisiatif Pembiayaan Perumahan : i-Biaya 2022
  4. Tahukah anda, ada insentif RM250 untuk akaun KWSP di bawah i-Saraan KWSP? Dan anda boleh daftarkan akaun KWSP untuk anak anda berumur 14 tahun ke atas, bagi simpanan masa hadapan anak-anak. Ketahui lebih lanjut di pautan berikut: Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Diharap perkongsian kami kali ini dapat memberi sedikit maklumat kepada anda semua berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 terutama bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan dengan musim tengkujuh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More