Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022 telah diumumkan Kerajaan Negeri Johor dan bakal memberi manfaat kepada 369 juta rakyat Johor dengan peruntukan sebanyak RM144.36 juta. Bantuan ini bakal dilaksanakan untuk pelbagai lapisan rakyat negeri Johor menjelang Aidilfitri nanti.

Nota Penting: Latar Belakang Gambar Feature di atas adalah sumber daripada Unsplash oleh Eldines Hoo

Isi Kandungan

Apakah Itu Bantuan Kasih Bangsa Johor?

Bantuan Kasih Bangsa Johor adalah satu bentuk insentif khas yang merangkumi 28 inisiatif khusus untuk rakyat negeri Johor, sebagai satu tanda penghargaan dan kasih kerajaan negeri. Insentif bantuan ini telah diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang media pengumuman khas Bantuan Kasih Bangsa Johor hari ini di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. (Sumber: BERNAMA)

Bantuan Kasih Bangsa Johor
Menteri Beaar Johor,Datuk Onn Hafiz membuat Pengumuman Khas bersempena Bantuan Kasih Bangsa Johor hari ini. (Sumber: MalaysiaGazette)

Menurut beliau, kerajaan negeri sedar akan keadaan terkini rakyat yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan dalam norma baharu, dan masih ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan. Justeru, kerajaan negeri dalam usaha untuk membantu telah mewujudkan Bantuan Kasih Bangsa Johor ini yang terbahagi kepada 5 kategori insentif iaitu kemasyarakatan, kebajikan, orang muda Johor, pendidikan dan ekonomi.

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kasih Bangsa Johor
Sumber : Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Berapakah Peruntukan Untuk Bantuan Kasih Bangsa Johor?

Bantuan Kasih Bangsa Johor melibatkan peruntukan sebanyak RM144.36 juta, yang bakal memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat negeri Johor.

Bilakah Bantuan Akan Mula Dilaksana?

Menurut Menteri Besar Johor, Bantuan Kasih Bangsa Johor akan mula diterima golongan yang berkenaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, oleh kerana faktor masa, kemungkinan akan ada bantuan yang diterima sejurus selepas hari raya. Kerajaan negeri akan cuba menyegerakan bantuan-bantuan di bawah insentif Bantuan Kasih Bangsa Johor ini.

Apakah Jenis Bantuan Yang Tersenarai Di Bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor?

Ada 28 inisiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor ini, yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat Johor antaranya:

  1. Bantuan Khas Aidilfitri kepada golongan fakir dan miskin
  2. Bantuan kepada anak-anak yatim kerana kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
  3. Pengecualian sewa rumah PPR
  4. Pengecualian sewa rumah kerajaan
  5. Bantuan RM300 kepada 11,790 pekerja ekonomi gig, pemandu teksi, e-hailing, penghantar makanan; 2,400 pemandu bas awam dan bas ekspres; dan 11,267 nelayan berdaftar dengan Jabatan Perikanan
  6. Bantuan RM2,000 kepada 98 operator hotel bajet dan 98 agensi pelancongan
  7. Bantuan RM1,000 untuk 635 pemandu pelancong, 386 pengusaha homestay dan 82 pengusaha bot pelancongan

Senarai Inisiatif Di Bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor

Di bawah ini kami senaraikan dan perincikan setiap satu inisiatif di bawah Bantuan Kasih Bangsa Johor:

Bantuan Beras Bangsa Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Setiap ketua isi rumah di negeri Johor (anggaran 903,000 orang ketua isi rumah)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

10kg Beras

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM23.67 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 atau Pejabat Daerah berdekatan anda untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Pekerja Ekonomi Gig

Siapa Akan Menerimanya?

Pekerja ekonomi gig : Pemandu teksi, E-hailing dan Penghantar makanan (11,790 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM3.54 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di talian 07-5225400 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Pemandu Bas

Siapa Akan Menerimanya?

Pemandu bas awam dan bas ekspres yang berdaftar dengan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (2,400 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM720,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor di talian 07-5225400 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Nelayan

Siapa Akan Menerimanya?

Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia (11,267 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap seorang

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM3.38 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talian 07-2244079 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Imarah Masjid dan Surau

Siapa Akan Menerimanya?

Imam, bilal, noja, kariah serta penggerak masjid dan penyelia Al-Quran (4,590 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap seorang

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM2.3 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282900 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Ketua Kampung

Siapa Akan Menerimanya?

Ketua-ketua kampung di negeri Johor (627 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap seorang

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM314,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Pengurusan di talian 07-2666070 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Persatuan Veteran ATM Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Johor

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM120,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM120,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi  Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Persatuan Pesara Polis Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Persatuan Pesara Polis Negeri Johor

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM120,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM120,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi  Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Khas Aidilfitri Fakir Miskin

Siapa Akan Menerimanya?

Golongan fakir dan golongan miskin serta tanggungan mereka (85,800 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Golongan fakir : RM400 seorang

Golongan miskin : RM300 seorang

Tanggungan : Tambahan RM50 setiap tanggungan

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM14.2 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282999 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim

Siapa Akan Menerimanya?

Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak Yatim di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM10,000 setiap pusat jagaan

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM340,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 07-2282970 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Anak Johor Prihatin

Siapa Akan Menerimanya?

Anak yatim bersekolah yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat COVID-19 (1,825 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Ada dua bentuk bantuan yang akan diterima

  1. Bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RM100 akan disalurkan keapda anak yatim dan yatim piatu hingga tamat persekolahan
  2. Bantuan simpanan pendidikan dan perlindungan insurans bagi anak yatim piatu sehingga umur 21 tahun

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM3 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Program i-Berkat

Siapa Akan Menerimanya?

Golongan B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) (1,600 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Terdapat 2 bentuk bantuan di bawah Program i-Berkat ini:

  1. Barang sumbangan isi rumah dan kit kesihatan
  2. Barang keperluan pesakit kronik/terlantar

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM1 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim di talian 07-2666526 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Insentif Mesra Program Perumahan Rakyat (PPR)

Siapa Akan Menerimanya?

Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) seramai 11,511 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Pengecualian sewa rumah PPR bagi tahun 2022

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM22.3 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di talian 07-2666260 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Insentif Mesra Rumah Sewa Kerajaan (RSK)

Siapa Akan Menerimanya?

Penyewa Rumah Sewa Kerajaan (RSK) seramai 3,020 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Pengecualian sewa rumah RSK bagi tahun 2022

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM3.9 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di talian 07-2666260 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Pasangan Raja Sehari

Siapa Akan Menerimanya?

Khusus untuk pasangan yang pertama kali berkahwin, dan mempunyai pendapatan bersama kurang daripada RM5,000 sebulan (sasaran penerima 10,000 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan bernilai RM1,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM10 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi talian berikut untuk maklumat lanjut:

07-2282900 (Jabatan Agama Islam Negeri Johor) atau

07-2341690 (Jabatan Pendaftaran Negara)

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Southern Volunteers

Siapa Akan Menerimanya?

Badan Sukarelawan Southern Volunteers

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM800,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM800,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Johor Youth Development Centre (JOYDEC) di talian 07-2282970 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Majlis Belia Negeri Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Majlis Belia Negeri Johor

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM200,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM200,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Pejabat Menteri Besar Johor di talian 07-2666355 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Geran Dewan Muda Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Dewan Muda Johor

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan dalam bentuk geran sebanyak RM200,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM200,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Institut Dato Onn di talian 07-2071551 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Khas Persekolahan

Siapa Akan Menerimanya?

Pelajar sekolah rendah dari keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM7,000 (123,361 orang)

Nota: Bantuan Awal Persekolahan bagi keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah telah diuruskan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM150 setiap pelajar

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM18.5 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2344355 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Mahasiswa IPTA/IPTS

Siapa Akan Menerimanya?

Mahasiswa yang masuk ke IPTA/IPTS akan menerima Skim Bantuan Pendaftaran bagi kemasukan ke mana-mana IPTA/IPTS (sasaran kepada 1,700 orang)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan yang terbahagi kepada peringkat pengajian:

  1. Diploma : RM500
  2. Ijazah Sarjana Muda : RM1,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM1.5 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2344355 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Biasiswa Bangsa Johor

Siapa Akan Menerimanya?

Pelajar di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) (sasaran 40 orang penerima)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Pembelajaran secara percuma untuk Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM1 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor di talian 07-2310000 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Insentif Sewa Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Siapa Akan Menerimanya?

Penyewa premis dan gerai milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sasaran 50,830 orang penerima insentif ini

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Pengecualian sewa premis dan gerai milik PBT bagi tahun 2022

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM26.2 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan di talian 07-2666380 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Insentif Lesen Mesra Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Siapa Akan Menerimanya?

Penjaja dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan sasaran 27,571 orang penerima insentif ini

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja dan PKS bagi tahun 2022

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM5.6 juta

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan di talian 07-2666380 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kepada Operator Hotel Bajet

Siapa Akan Menerimanya?

Operator hotel bajet yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM2,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM196,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kepada Pemandu Pelancong

Siapa Akan Menerimanya?

Pemandu pelancong yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 635 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM1,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM635,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kepada Pengusaha Homestay

Siapa Akan Menerimanya?

Pengusaha homestay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 386 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM1,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM386,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kepada Pengusaha Bot Pelancongan

Siapa Akan Menerimanya?

Pengusaha bot pelancongan dengan sasaran penerima seramai 82 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM1,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM82,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Bantuan Kepada Agensi Pelancongan

Siapa Akan Menerimanya?

Agensi pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sasaran penerima seramai 98 orang

Apakah Bentuk Bantuan Yang Akan Diterima?

Bantuan kewangan sebanyak RM2,000

Berapakah Peruntukan Bantuan Ini?

RM196,000

Bagaimana Untuk Mendapat Bantuan?

Hubungi Tourism Johor di talian 07-2241432 untuk maklumat lanjut

Bantuan Kasih Bangsa Johor

Muat Turun Infografik Bantuan Kasih Bangsa Johor

Anda boleh muat turun infografik di bawah daripada sumber Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Johor

Semoga perkongsian kami kali ini berkenaan Bantuan Kasih Bangsa Johor dapat memberi nafas lega buat rakyat negeri Johor terutamanya, dalam mengharungi kehidupan norma baharu memasuki fasa endemik.

Senarai Bantuan Untuk Rakyat

Untuk senarai bantuan lain yang ada, anda boleh lihat senarai beberapa bantuan yang sudah dibuka permohonan atau sudah pun mula dilaksana untuk tahun 2022 di bawah ini:

  1. Bantuan Keluarga Malaysia sudahpun mula dilaksana, bayaran Fasa 1 telah mula dibuat bermula 28 Mac 2022. Anda boleh buat semakan status dan baca mengenai rayuan yang boleh dibuat bermula 2 Mei 2022 nanti di sini: Permohonan Rayuan BKM 2022
  2. Pengeluaran Khas KWSP sudah boleh dibuat permohonan, dan tarikh tutup adalah pada 30 April 2022 nanti. Baca bagaimana untuk membuat permohonan di pautan ini: Pengeluaran Khas KWSP RM10K- Cara dan syarat-syarat permohonan
  3. Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk semua penjawat awam di seluruh negara. Anda boleh baca lebih lanjut dengan klik pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  4. Bantuan Khas Aidilfitri khusus untuk warga penjawat awam negeri Kedah turut diumumkan baru-baru ini. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  5. Menteri Besar Selangor turut membuat pengumuman tentang Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam Selangor. Anda boleh baca maklumat berkenaannya di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  6. Bantuan Khas Aidilfitri juga telah diumumkan Menteri Besar Pahang, dan bakal memanfaatkan penjawat awam di negeri Pahang. Baca lebih lanjut di pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022

Diharap perkongsian kami amat membantu anda semua di luar sana, terutama dalam keadaan negara beralih ke fasa endemik. Selamat menyambut Ramadhan buat semua.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More