Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000

Bantuan Perkahwinan Kelantan RM1000 khusus untuk rakyat negeri Kelantan, di bawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj bagi membantu golongan yang memerlukan. Bantuan ini adalah secara one-off dan mempunyai syarat tertentu untuk membuat permohonan.

Bantuan Perkahwinan Kelantan
Gambar Hiasan sumber daripada Sinar Harian

Isi Kandungan

Apakah Bantuan Perkahwinan Kelantan (Skim Gerbang Az-Ziwaaj)?

Bantuan Perkahwinan yang disediakan untuk rakyat Kelantan ini di bawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj adalah merupakan satu bentuk bantuan bagi golongan miskin serta kurang berkemampuan dan layak menerima sumbangan ini. Bantuan ini adalah satu insentif oleh kerajaan Negeri Kelantan untuk membantu rakyat Kelantan khususnya yang ingin berkahwin.

Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Perkahwinan Kelantan

Berapakah Kadar Bantuan Perkahwinan Kelantan?

Di bawah Skim Gerbang Az-Ziwaaj, Kerajaan Kelantan akan memberi RM1,000 bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Berapakah Peruntukan Disediakan?

Setiap tahun, Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk 3,000 pasangan. Sekiranya peruntukan pada tahun tersebut mempunyai lebihan, ia akan dibawa ke tahun seterusnya.

Sejak Bila Bantuan Perkahwinan Kelantan Diperkenalkan?

Bantuan Perkahwinan Skim Gerbang Az-Ziwaaj ini telah mula sejak tahun 2011 lagi dan sehingga tahun 2021, sebanyak RM23,768,000 telah dibelanjakan untuk membantu pasangan baru berkahwin yang layak menerima bantuan ini.

Apakah Syarat Kelayakan Untuk Bantuan Perkahwinan Kelantan Ini?

Untuk memohon, terdapat syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon mestilah seorang rakyat negeri Kelantan (Kod kad pengenalan : 03/29)
  2. Pemohon mestilah telah bermastautin di negeri Kelantan lebih daripada 15 tahun dan mendapat pengesahan daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya bukan berasal daripada Kelantan.
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja (layak untuk 1 kali tuntutan sahaja)
  4. Pendapatan bulanan pemohon dan pasangan tidak melebih RM1,000 sebulan
  5. Pemohon mestilah tergolong dalam kategori miskin dan layak diberi bantuan (mengikut budi bicara kerajaan negeri)
  6. Bantuan ini hanya boleh dimohon oleh salah seorang pasangan sahaja, sama ada lelaki atau perempuan

Bagaimana Untuk Memohon?

Bagi membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:

1. Pemohon boleh dapatkan borang permohonan di lokasi seperti berikut:

  • Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
  • Kaunter Khidmat Pelanggan Kota Darulnaim
  • Pejabat Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO

2. Isi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan dengan lengkap

3. Hantar borang permohonan

Apakah Dokumen Yang Perlu Disediakan?

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bersama dengan borang permohonan:

  1. Gambar Berukuran Pasport
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
  5. Salinan Borang Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
  6. Salinan Kebenaran Berkahwin (Borang 1)
  7. Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook Gerbang Az-Ziwaaj atau hubungi Pejabat ADUN/Khidmat Masyarakat DUN terdekat anda.

Sumber rujukan sahih : Sinar Harian dan Laman Facebook Gerbang Az-Ziwaaj

Info Bantuan Terkini

Selain Bantuan Perkahwinan Kelantan, di sini kami kongsikan juga beberapa bantuan yang ada untuk rakyat Malaysia:

  1. Bantuan Kasih Bangsa Johor telah diumumkan kerajaan negeri Johor bulan lalu, dan akan memanfaatkan pelbagai lapisan rakyat negeri Johor. Boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  2. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini boleh disemak dan dibuat permohonan rayuan. Anda boleh semak dan ketahui cara untuk membuat rayuan di pautan ini: Permohonan Rayuan BKM 2022
  3. Bantuan pembiayaan perumahan sudah boleh dimohon, terutama bagi bakal pemilik rumah yang pertama. Ketahui cara memohon di sini: Inisiatif Pembiayaan Perumahan : i-Biaya 2022
  4. Tahukah anda, ada insentif RM250 untuk akaun KWSP di bawah i-Saraan KWSP? Dan anda boleh daftarkan akaun KWSP untuk anak anda berumur 14 tahun ke atas, bagi simpanan masa hadapan anak-anak. Ketahui lebih lanjut di pautan berikut: Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Diharap perkongsian kami kali ini dapat memberi sedikit maklumat kepada anda semua berkenaan bantuan perkahwinan Kelantan, terutama bagi mereka yang bakal berkahwin dan berada dalam golongan yang memerlukan di negeri Kelantan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More