Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Tambahan BKM 2022

Bantuan Tambahan BKM 2022 antara RM300 hingga RM500 bakal diterima buat kategori yang layak bagi penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang sedia ada. Anda juga boleh semak status permohonan BKM anda secara online dengan membaca lebih lanjut di artikel Permohonan Rayuan BKM.

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Tambahan BKM 2022
Sumber Grafik Dari Astro Awani

Tahun lalu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bentuk bantuan buat warganegara Malaysia yang dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia(BKM). BKM ini adalah merupakan satu bentuk bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar seperti golongan bujang dan isi rumah B40, warga emas dan ibu bapa tunggal. Bantuan ini adalah sebahagian daripada insentif yang dibentangkan dalam Bajet 2022 pada akhir tahun lalu.

Soalan Lazim

Berapakah Kadar Bayaran BKM?

Pembayaran Fasa 1 telah pun bermula sejak 28 Mac 2022 yang lalu, dan semakan boleh dibuat menerusi laman sesawang BKM. Rayuan pula akan dibuka bagi yang layak bermula 2 Mei 2022 nanti. Pelaksanaan BKM ini bakal dan telahpun memberi manfaat kepada lebih kurang 9.6 juta rakyat Malaysia yang menjadi penerima bantuan ini. Di bawah adalah ringkasan BKM asas yang akan diberi mengikut beberapa fasa:

Kategori Bantuan

Pendapatan

Bilangan Anak / Nilai Bantuan

0

1 – 2

≥ 3

Isi Rumah / Ibu Bapa Tunggal (IBT)

RM2,500
dan ke bawah

RM
1,000

RM
1,500

RM
2,000

RM
2,501 – RM 5,000

RM
400

RM
600

RM
800

Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan

RM
5,000 dan ke bawah

RM
600

Bujang

RM
2,500 dan ke bawah

RM
350

Apa Itu Bantuan Tambahan BKM?

Selain bantuan tunai asas yang digariskan menerusi laman sesawang Bajet 2022, mungkin ramai yang terlepas pandang akan Bantuan Tambahan BKM yang akan diberikan buat mereka yang menepati ciri kelayakan.

Kadar Bantuan Tambahan BKM terbahagi kepada dua, dan akan hanya diberikan kepada penerima isi rumah mengikut pecahan berikut:

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas

Untuk lebih memahaminya, anda boleh rujuk jadual di bawah:

Kategori Bantuan

Pendapatan

Bilangan Anak

Kelayakan Asas

Kelayakan Selepas Kadar Tambahan

Ibu Bapa Tunggal
(IBT) yang mempunyai anak
(tambahan RM500)

RM
2,500 dan ke bawah

1 – 2

RM
1,500

RM
2,000


3

RM
2,000

RM
2,500

RM
2,501 – RM 5,000

1 – 2

RM
600

RM
1,100


3

RM
800

RM
1,300

Isu Rumah Berstatus Warga Emas (tambahan RM300)

RM
2,500 dan ke bawah

1 – 2

RM
1,500

RM
1,800


3

RM
2,000

RM
2,300

RM
2,501 – RM 5,000

1 – 2

RM
600

RM
900


3

RM
800

RM
1,100

*Nota: Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar bantuan tambahan BKM sahaja.

Bilakah Tarikh Pembayaran BKM?

Pembayaran BKM termasuk Bantuan Tambahan BKM akan dilaksanakan secara berperingkat, iaitu dalam 4 kali setahun (dalam tahun 2022). Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa:

  • Setakat ini, pembayaran BKM akan dibuat secara berfasa, sebanyak 4 kali mengikut jadual di bawah

Bil.

Fasa Pembayaran

Tarikh Pembayaran

1

Fasa 1

Mulai 28 Mac
2022 secara berperingkat

2

Fasa 2

Jun 2022*

3

Fasa 3

September 2022*

4

Fasa 4

Disember 2022*

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

  • Pembayaran Fasa 1 telah berlangsung sejak 28 Mac 2022 yang lalu, dibayar secara kredit terus kepada yang memiliki akaun bank, dan tuntutan di Bank Simpanan Nasional bermula 30 Mac 2022 bagi yang tiada akaun bank.

Bantuan Khas BKM 2022

Bagaimana Cara Memohon Bantuan Tambahan BKM?

Seperti diperjelaskan, Bantuan Tambahan BKM akan diterima oleh mereka yang layak secara automatik apabila mereka diluluskan permohonan BKM, dan layak untuk menerima bantuan.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian, dan anda boleh baca kaedah memohon DI SINI.

Apakah Kaedah Semakan Status BKM?

Untuk menyemak status permohonan BKM anda, boleh baca lebih lanjut berkenaan kaedah semak status dan rayuan DI SINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More