Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Daging Belengas Campak-Campak Tapi Sangat Sedap!

Tak tahu dah nak masak menu daging apa lagi menggunakan daging korban Raya Haji Aidiladha hari itu?

Bolehlah keluarkan daging tersebut dari peti ais dan cubalah masak menu daging belengas ini!

Simple tapi sangat sedap dan menyelerakan!

Isi Kandungan

Resepi Daging Belengas

Resepi daging belengas yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Khairulaming.

Daging belengas ini sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas.

Resepi Daging Belengas Campak-Campak Tapi Sangat Sedap! 1

Khairulaming adalah seorang pencipta kandungan digital (content creator), personaliti media sosial dan ahli perniagaan Malaysia yang sangat terkenal di Malaysia dengan tagline “Hey, what’s up guys?” pada permulaan setiap videonya.

Follow akaun TikTok dan Instagram Khairulaming untuk dapatkan resepi terkini, menarik dan viral yang dikongsikan olehnya.

Bahan-Bahan

Bahan-bahan untuk membuat daging belengas ini adalah seperti berikut:

  • Daging
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • Minyak Masak
  • 7 Ulas Bawang Putih
  • 1 Ketul Halia
  • Kicap Karamel / Kicap Manis
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Garam
  • Serbuk Perasa
  • Bawang Holland
  • Cili Padi
  • Kacang Panjang

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk memasak daging belengas ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Rebus daging selama 30 minit atau sehingga empuk atau sehingga air kering di dalam kuali.
  2. Tambahkan serbuk kunyit
  3. Masukkan minyak masak untuk bagi daging garing sedikit.
  4. Kisar bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan ke dalam periuk yang berisi daging tadi.
  5. Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya. Lebihkan sos tiram untuk lagi sedap.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Jika nampak kering, boleh tambahkan air sedikit.
  8. Akhir sekali, masukkan bawang holland, cili padi dan kacang panjang.
  9. Kacau rata semua bahan.
  10. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas-panas.

Resepi Tambahan

Seterusnya, berikut adalah antara menu yang menggunakan daging yang sedap dan mudah juga untuk dicuba dirumah, iaitu:

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More