Sumber Rujukan Globalisasi Anda

3 Doa Dan Sunnah Ketika Hujan

Doa Dan Sunnah Ketika Hujan

Doa Dan Sunnah Ketika Hujan adalah salah satu doa harian yang ringkas untuk diamalkan apabila hujan turun, serta amalan sunnah untuk dilakukan.

Isi Kandungan

Doa Dan Sunnah Ketika Hujan

Kita meminta kepada Allah agar diberi hujan yang membawa manfaat, iaitu hujan yang membawa keberkatan kehidupan dan kegembiraan bagi makhluk-makhluk di bumi. Pada hakikatnya, hujan adalah sumber rahmat dan berkat dari Allah yang diberikan kepada semua mahluk hidup di muka bumi ini.

Maka, secara tersirat doa ini memberi pesan kepada kita agar senantiasa mencintai alam, memelihara dan menjaga alam tersebut. Serta melestarikannya sehingga hujan yang turun benar-benar mewujudkan rahmat, dan keberkatan, bukannya bencana atau petaka. Disini disediakan Doa Dan Sunnah Ketika Hujan yang boleh diamalkan.

Doa Ketika Hujan Turun

 

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

“Allahumma shoyyibian naafi’an”

Maksudnya:

“Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat.” (HR.Bukhari).

Doa Ketika Hujan Lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

“Allahumma haawalaina wa laa ’alaina. Allahumma ’alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.”

Maksudnya:

“Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami, dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukit, di lembah-lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok (pepohonan).” (HR.Bukhari dan Muslim).

Doa Setelah Hujan

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

“Muthrna bi Fadhlillaahi wa Rahmatihi.”

Maksudnya:

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Antara sunnah ketika hujan:

  • Merasai hujan

Anas menceritakan: “Kami bersama-sama Rasulullah pernah ditimpa hujan, lalu Rasulullah menyinsing pakaiannya sehingga hujan mengenanya.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa Tuan lakukan hal ini?’ Jawab Nabi: “Kerana hujan tadi mahkluk yang baru Allah ciptakan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Selain membaca doa ketika turun hujan tersebut, kita juga dianjurkan berdoa dengan doa kebaikan apa saja yang kita inginkan. Karena, saat turun hujan adalah saat yang mustajab untuk doa-doa yang kita panjatkan.

Nabi Muhammad bersabda:

“Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan yaitu : Saat bertemunya dua pasukan (tantara yang bertempur), Saat menjelang shalat dilaksanakan, dan saat hujan turun.” (HR.Baihaqi).

ADAB BERDOA

3 Doa Dan Sunnah Ketika Hujan 1
3 Doa Dan Sunnah Ketika Hujan
 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

 

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

 
  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya. Jom sama-sama kita amalkan dan hafal Doa Dan Sunnah Ketika Hujan ni. 

Penutup

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa dan Sunnah Ketika Hujan ini dapat memberi panduan buat semua, tentang doa dan amalan sunnah untuk diamalkan demi mensyukuri rahmat Allah iaitu hujan yang diturunkan. Semoga doa dan sunnah ketika hujan ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More