Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang adalah doa dan amalan yang boleh diamalkan dalam usaha dan ikhtiar mencari sesuatu yang hilang, untuk amalan kita bersama.

 

 

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

 

Pernahkah anda kehilangan barang atau barang anda dicuri orang ? Kehilangan barangan berharga tentu sahaja membuatkan anda risau dan gelisah…… Kemudian anda bertanyakan kepada orang di sekitar mengenai keberadaan barang anda, dan minta bantuan orang lain untuk membantu mencari baran tersebut. Di sini disediakan Doa Ditemukan Barang Yang Hilang yang boleh diamalkan bagi dipermudahkan kerja.

 

Doa Ditemukan Barang Yang Hilang

 

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

“Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah.”

Maksudnya:

“Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.“

 

Amalan Apabila Barang Hilang

  1. Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.
  2.  Al-Fatihah                            7 kali
  3. Al Fath 1-3                              7 kali
  4. Al Khafi Ayat 19                     7 kali
  5. Surah Al-Ikhlas                     7 kali
  6. Selawat                                  7 kali
  7. Ya Allah                                  3 kali.
  8. Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’   119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoalah “Doa Ditemukan Barang Yang Hilan”, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Ditemukan Barang Yang Hilang ini dapat memberi panduan buat semua, akan doa yang boleh diamalkan apabila kita kehilangan sesuatu. Semoga doa ditemukan barang yang hilang ini memberi manfaat buat semua, dan dapat membantu dalam memberi sedikit panduan akan apa boleh dilakukan jika kita ingin memohon pertolongan Allah sekiranya berlaku kehilangan. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my anda dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More