Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Ketika Dan Selepas Azan

Doa Ketika Dan Selepas Azan

Doa Ketika Dan Selepas Azan adalah doa khusus ketika laungan azan didengari, menandakan masuknya waktu solat di sesuatu kawasan itu.

 

 

Doa Ketika dan Selepas Azan

 

Hukum melaungkan azan adalah sunat muakkad ketika hendak mendirikan sembahyang fardhu. Melaungkan azan juga adalah satu Fardu Kifayah bagi sesuatu kumpulan, dan tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan satu sunat aini atau, dan pahala sunat akan diperolehi apabila seseorang itu melakukannya. Bagi kaum wanita, disunatkan melakukan Iqamat sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah apabila meninggikan suara mereka. Apabia mendengar laungan azan, Doa Ketika dan Selepas Azan boleh diamalkan, seperti di bawah.

Doa Ketika Azan

 

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ

La Hawla wa La Quwwata Illa Billah

Maksudnya:

“TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH”

 

Doa Selepas Azan

 

اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ

Allaahumma Rabba haathid – da’watit – taammati wassalaatil-qaa’imati, ‘aati Muhammadanil-waseelata walfadheelata, wab ‘ath-hu maqaamam-mahmoodanil-lathee wa’adtahu, ‘innaka laa tukhliful-mee’aad

Maksudnya:

YA ALLAH, TUHAN YANG TELAH MENSYARIATKAN SERUAN AZAN DAN SEMBAHYANG YANG AKAN DIDIRIKAN. KURNIAKANLAH KEDUDUKAN YANG TINGGI DAN TERPUJI YANG TELAH ENGKAU JANJIKAN KEPADA JUNJUNGAN KAMI NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WA SALLAM KEDUDUKAN YANG TINGGI DAN TERPUJI, YANG TELAH ENGKAU TELAH JANJIKAN, SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI”

AMALAN DOA KETIKA DAN SELEPAS AZAN

 

Amalan doa selepas azan tersabit dengan hadith Nabi SAW, dimana Jabir bin ‘Abdillah r.a telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: 

Barang siapa yang mendengar azan dan berdoa  Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, luluslah baginya syafaatku baginya pada hari kiamat.

(Sahih Bukhari: 614)

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Ketika dan Selepas Azan ini dapat memberi panduan buat semua, dalam mengamalkan doa apabila mendengar laungan azan berkumandang. Semoga doa ketika dan selepas azan ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More