Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah

Doa Ketika Ditimpa Musibah adalah doa buat kita memohon kepada Allah apabila kita ditimpa musibah, dengan berserah kepada Allah dan memohon pertolongonNya.

 

 

Doa Ketika Ditimpa Musibah

 

Musibah adalah sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan kita, dan bukan apa yang kita harapkan mahupun sesuatu yang biasanya tidak kita disukai. Sebagai contoh, jika kita bekerja di pejabat, kita dimarahi oleh pegawai atasan, itu adalah salah satu bentuk musibah. Jatuh motor? Juga salah satu jenis musibah. Musibah tidak semestinya berlaku kepada diri kita sahaja, tetapi musibah juga berlaku kepada orang yang kita sayangi dan orang di sekililing kita. Contohnya seperti penyakit Coronavirus yang kini sedang melanda dunia. Di sini kami kongsikan Doa Ketika Ditimpa Musibah yang boleh dijadikan amalan seharian buat semua.

 

Doa Ketika Ditimpa Musibah

 

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’un [QS 2:156]

Maksudnya:

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali

 

Kemudian Doalah:

 

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

Allahumma’Jurni Fii Musibati, Wa Akhlifli Khairan Minha

Maksudnya:

Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya

 

Sebelum Musibah

  • Memperbanyakkan doa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi sebarang jenis musibah dan ujian. Berdoa juga agar sekiranya berlaku musibah, musibah yang datang adalah sesuatu yang boleh kita hadapi.
  • Memperbanyakkan doa agar diri sentiasa teguh walaupun diuji dengan musibah. Bina keyakinan dan redha dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan.

 

Selepas Musibah

  • Berdoa dengan doa terkena musibah iaitu “Innalillahiwainnailaihirojiun”. Doa ini bukan hanya dibaca apabila berlaku kematian, tetapi turut dituntut dibaca apabila berlaku sebarang jenis musibah. Cari sahabat yang dipercayai dan minta nasihat.
  • Muhasabah diri dan fikir dari sudut yang positif kenapa musibah tersebut melanda. Mungkin ianya sebagai ujian untuk meningkatkan darjat atau sebagai penghapus dosa.
  • Minta maaf dengan kawan dan sahabat sekiranya kita ada menyakitkan hati mereka.
  • Perbanyakkan Istigfar dan renungi dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
  • Berusaha menghadapi musibah dan sentiada bertawakal kepada ALLAH.
  • Sentiasa bersabar dan redha dengan ketetapan ALLAH.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Ketika Ditimpa Musibah ini dapat memberi panduan buat semua, akan doa yang boleh diamalkan apabila kita ditimpa sebarang musibah. Semoga doa ketika ditimpa musibah ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my anda dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dilindungi daripada sebarang musibah.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More