Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Makan (Sebelum dan Selepas)

Doa Makan (Sebelum dan Selepas)

Doa Makan (Sebelum dan Selepas) adalah doa yang harus kita amalkan sebelum dan selepas makan, bagi mensyukuri nikmat rezeki kurniaan Allah SWT.

 

Doa Makan (Sebelum dan Selepas)

 

Daripada Ibn Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda,
Keberkatan turun di tengah makanan maka kamu makanlah terlebih dahulu dari kedua tepinya dan janganlah kamu makan dari tengahnya.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi)
Allah mengurniakan keberkatan kepada sesiapa yang makan secara beradab mengikut panduan syarak. Setiap orang hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW semasa menghadapi makanan dengan mendahulukan di sebelah tepi sebelum mengambil yang tengah. Di sini disediakan Doa Makan (Sebelum dan Selepas) serta adab-adab ketika makan mengikut syariat Islam.

Doa Makan (Sebelum)

 

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar

 

Maksudnya:

“Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.“

(HR.Ibnu as-Sani)

 

Doa Makan (Selepas)

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Alhamdu lillahhil-ladzi ath-amanaa wa saqaana waja’alanaa minal muslimiin

Maksudnya:

“Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.

(HR.Abu Daud)

 

Doa Selepas Minum

 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami

 

 

Adab Makan Rasulullah

 

Di antara adab-adab makan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW adalah :

  1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai
  2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
  3. Membaca basmalah dan hamdalah
  4. Makan menggunakan tangan kanan
  5. Tidak bersandar ketika makan
  6. Memakan makanan yang terdekat dahulu
  7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
  8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garfu
  9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya
  10. Makan dan minum sambil duduk
  11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas
  12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit
  13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram
  14. Mendoakan orang yang mempelawa makan
  15. Menutup tempat makan dan minum

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Makan (Sebelum dan Selepas) ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita dapat amalkan bersama ketika kita hendak makan, dan selepas makan serta minum. Semoga doa makan (sebelum dan selepas) ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa, serta dapat kita jadikan amalan doa makan ini sebagai rutin.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Agar Hati Tenang

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More