Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Membaca Al Quran (Sebelum & Selepas)

Doa Membaca Al Quran (Sebelum & Selepas)

Doa Membaca Al Quran (Sebelum & Selepas) adalah doa yang perlu kita amalkan ketika kita ingin membaca Al Quran.

 

Doa Membaca Al Quran (Sebelum & Selepas)

 

Membaca al-Quran dengan bertajwid adalah wajib. Lantaran itu, bagi sesiapa yang ingin membaca al-Quran, wajib ke atasnya mempelajari ilmu tajwid yang asas dan ini bagi mengelakkan dari tersilap ketika membaca yang boleh membawa kepada perubahan lafaz dan makna sedangkan keduanya adalah kesalahan yang besar dalam pembacaan al-Quran. Ini juga berdasarkan kepada kaedah:

ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya: Sesuatu kewajipan yang tidak dapat disempurnakan melainkan dengan sesuatu perkara, maka perkara tersebut juga menjadi wajib.

Adapun mempelajari ilmu tajwid secara mendalam dalam bidang Al-Quran merupakan fardhu kifayah. Jika ada seorang atau sebahagian dari masyarakat telah mempelajarinya, maka gugur kewajipan ke atas mereka yang lain. Namun, jika tiada yang mempelajarinya, maka semua menanggung dosa atas sebab meninggalkan kewajipan tersebut.

Kami kongsikan di sini Doa Membaca Al Quran (Sebelum dan Selepas) untuk manfaat kita bersama, beserta adab-adab ketika hendak membaca Al Quran.

 

Doa Membaca Al Quran: Sebelum

 

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَىَّ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَىَّ رَحْمَتَكَ وَذَكِّرْنِىْ مَانَسِيْتُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Alloohummaftah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi.

Maksudnya:

YA ALLAH BUKAKANLAH HIKMAHMU PADAKU, BENTANGKANLAH RAHMATMU PADAKU DAN INGATKANLAH AKU TERHADAP APA YANG AKU LUPA, WAHAI DZAT YANG MEMILIKI KEAGUNGAN DAN KEMULIAAN.

 

Doa Membaca Al Quran: Selepas

 

اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِىْ بِالْقُرْآنِ. وَاجْعَلْهُ لِىْ اِمَامًا وَنُوْرًا وَّهُدًى وَّرَحْمَةً. اَللّٰهُمَّ ذَكِّرْنِىْ مِنْهُ مَانَسِيْتُ وَعَلِّمْنِىْ مِنْهُ مَاجَهِلْتُ. وَارْزُقْنِىْ تِلاَ وَتَهُ آنَآءَ اللَّيْلِ وَاَطْرَافَ النَّهَارٍ. وَاجْعَلْهُ لِىْ حُجَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Allahummarhamnii bil qur’aani. waj’alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa’allimnii minhu maa jahiltu. wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. waj’alhu lii hujjatan yaa robbal ‘aalamiina.

Maksudnya:

YA ALLAH, RAHMATILAH AKU DENGAN AL-QURAN YANG AGUNG, JADIKANLAH IA BAGIKU IKUTAN CAHAYA PETUNJUK RAHMAT. YA ALLAH, INGATKANLAH APA YANG TELAH AKU LUPA DAN AJARKAN KEPADAKU APA YANG TIDAK AKU KETAHUI DARINYA, ANUGERAHKANLAH PADAKU KESEMPATAN MEMBACANYA PADA SEBAGIAN MALAM DAN SIANG, JADIKANLAH IA HUJJAH YANG KUAT BAGIKU, WAHAI TUHAN SERU SEKALIAN ALAM.

 

 

Adab Ketika Membaca Al-Quran

 

  1. Bersiwak atau membersihkan mulut
  2. Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid
  3. Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat
  4. Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah
  5. Khusyuk dan merenung makna ketika membaca
  6. Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam
  7. Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan
  8. Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru
  9. Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan
  10. Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
  11. Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)
  12. Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan
  13. Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti
  14. Menggunakan suara yang kuat
  15. Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran
Kredit : Nazmi Yaakub

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Membaca Al Quran (Sebelum & Selepas) ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita dapat amalkan bersama ketika kita hendak membaca Al Quran. Semoga doa membaca Al Quran (Sebelum dan Selepas) ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa, serta dapat kita jadikan membaca Al Quran sebagai amalan harian kita.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Nota: Gambar Feature oleh ali burhan daripada Pexels

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Agar Hati Tenang

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More