Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Meminta Kesembuhan Penyakit

Doa Meminta Kesembuhan Penyakit

Doa Meminta Kesembuhan Penyakit adalah doa buat kita memohon kepada Allah supaya penyakit yang dihidapi disembuhkan supaya kita kembali sihat.

Doa Meminta Kesembuhan Penyakit

 

 Sakit adalah satu takdir yang tidak ada seorangpun tahu bila akan datang. Semua orang pernah mengalami sakit, namun seringkali ketika sakit, kita hanya bergantung pada doktor dan pelbagai jenis pengubatan alternatif sebagai media penyembuhan penyakit kita. Pastinya boleh kita akan melakukan pelbagai bentuk ikhtiar, namun ada satu hal yang tidak boleh kita lupakan, iaitu meminta kesembuhan pada Zat yang menyembuhkan segalanya yaitu Allah SWT. Disini disediakan doa yang boleh diamalkan bagi menghindarkan musibah yang menimpa.

 

Doa Meminta Kesembuhan Penyakit

 

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُ وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

ALLAHUMMA RABBANNAASI ADZHIBIL BA’SA WASY FIHU. WA ANTAS SYAAFI, LAA SYIFAA-A ILLA SYIFAAUKA, SYIFAA-AN LAA YUGHAADIRU SAQOMAA

Maksudnya:

Wahai Allah Tuhan manusia, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain“(HR Bukhari dan Muslim)

 

ADAB-ADAB MENJENGUK ORANG SAKIT

  • Menziarahi pesakit semata- mata karena Allah SWT dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
  • Memberikan nasihat supaya sabar dan tabah dengan yang dideritanya.
  • Mengucapkan perkataan yang baik- baik.
  • Memegang tangan atau mengusap lembut tubuhnya
    (kecuali bukan mahram). dan duduk disebelah kanan.
  • Bertanya tentang keperluan pesakit. Baik dalam keuangan, ibadah dan lain-lain
  • Singkatkan dan beri jarak waktu berziarah. Tidak datang terlalu kerap.
  • Mendoakan orang yang sakit agar segera di beri kesembuhan.

 

PERKARA YANG HARUS DIHINDARI

  • Masuk ke ruangan atau rumah dengan tidak sopan.
  • Berlama- lamaan.
  • Melakukan atau berbicara perkataan sia- sia.
  • Berbicara tentang keburukan orang lain.
  • Datang diwaktu larut malam, awal pagi atau waktu rehat.
  • Mengambil dan menggunakan sesuatu tanpa izin miliki pesakit.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya. Jom kita amalkan dan hafal Doa Meminta Kesembuhan Penyakit ni sama-sama.

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Meminta Kesembuhan Penyakit ini dapat memberi panduan buat semua, dalam berusaha untuk sembuh daripada apa jua penyakit yang dialami. Semoga doa meminta kesembuhan penyakit ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my anda dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More