Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Penerang Hati

Doa Penerang Hati

Doa Penerang Hati adalah doa buat kita memohon kepada Allah supaya hati kita terang dan berlapang dada dalam apa jua yang kita usahakan setiap hari.

 

 

Doa Penerang Hati

 

Berikut disertakan beberapa doa penerang hati yang boleh dibaca dan diamalkan. Adalah penting untuk kita amalkan doa-doa ini sebagai tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT, supaya terang hati kita dan lapang dada dalam menguruskan sesuatu urusan harian. Berikut adalah koleksi Doa Penerang Hati, semoga bermanfaat buat semua.

 

Doa Penerang Hati 1

 

Doa Penerang Hati

Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii.

Maksudnya:

WAHAI TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU. DAN MUDAHKANLAH BAGIKU, TUGASKU. DAN LEPASKANLAH SIMPULAN DARI LIDAHKU. SUPAYA MEREKA FAHAM PERKATAANKU 

(SURAH TAHA : 25,26,27,28)

 

Doa Penerang Hati 2

 

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

ALLAHUMMA FAQQIHHU FIDDEEN WA A’LLIMHUT TAKWIL

Maksudnya:

YA ALLAH, BERILAH KEFAHAMAN KEPADANYA DALAM URUSAN AGAMA DAN AJARKANNYA TAKWIL.

(TAFSIR AL-QURAN)

 

Doa Penerang Hati 3

 

Doa Penerang Hati

Maksudnya:

MAKA KAMI BERI NABI SULAIMAN MEMAHAMI HUKUM YANG LEBIH TEPAT BAGI MASALAH ITU; DAN MASING-MASING (DARI MEREKA BERDUA) KAMI BERIKAN HIKMAT KEBIJAKSANAAN DAN ILMU (YANG BANYAK); DAN KAMI MUDAHKAN GUNUNG-GANANG DAN UNGGAS MEMUJI KAMI BERSAMA-SAMA DENGAN NABI DAUD; DAN ADALAH KAMI BERKUASA MELAKUKAN SEMUANYA ITU.

– SURAH AL-ANBIYA’ – AYAT 79

 

Doa Penerang Hati 4

 

Doa Penerang Hati

Maksudnya:

BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN DADAMU (WAHAI MUHAMMAD)? DAN, KAMI TELAH MENURUNKAN BEBANMU DARIMU YANG MEMBERATKAN PUNGGUNGMU DAN KAMI TINGGIKAN SEBUTAN (NAMAMU) BAGIMU. MAKA, SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN.

SESUNGGUHNYA, BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN. MAKA, APABILA ENGKAU TELAH SELESAI (DARI SESUATU URUSAN), TETAPLAH BEKERJA KERAS (UNTUK URUSAN YANG LAIN), DAN HANYA KEPADA TUHANMULAH ENGKAU BERHARAP.

– SURAH AL-INSYIRAH – AYAT 1-8

 

Doa Penerang Hati 5

 

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ

الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

ALLAHUMMA INNI A’UUZUBIKA MIN JAHDIL BALA’. WA DARKISH SHAQA’. WA SUU IL QADHAA’. WA SHAMAAMATIL A’DAA’.

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh“

 

 

Adab Ketika Membaca Al-Quran

 

  1. Bersiwak atau membersihkan mulut
  2. Memilih tempat bersih dan utama khususnya masjid
  3. Mengadap kiblat sekiranya membaca di luar solat
  4. Membaca taawuz (meminta perlindungan daripada syaitan) dan basmallah
  5. Khusyuk dan merenung makna ketika membaca
  6. Mengulang-ulang ayat supaya dapat direnung secara mendalam
  7. Menangis dengan menghadirkan perasaan sedih dalam hati terutama ayat peringatan, ancaman dan janji serta dosa yang dilakukan
  8. Tartil, iaitu membaca dengan jelas dan tidak terburu-buru
  9. Memohon rahmat atau meminta jauh daripada kejahatan dan seksaan ketika membaca ayat berkaitan
  10. Tidak ketawa, bising dan bercakap sesuatu yang sia-sia
  11. Membaca dengan salah satu daripada tujuh qiraat (cara bacaan yang disepakati)
  12. Membaca dengan mashaf lebih utama daripada membacanya berdasarkan hafazan
  13. Dianjurkan membaca secara berjemaah dan diharuskan secara bersilih ganti
  14. Menggunakan suara yang kuat
  15. Sunat mengindahkan suara atau melagukan bacaan al-Quran
Kredit : Nazmi Yaakub

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Penerang Hati ini dapat memberi panduan buat semua, supaya kita memohon supaya hati kita terang, dilapangkan dada dalam apa jua yang kita uruskan atau sedang lakukan. Semoga doa penerang hati ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan dalam kehidupan harian. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my anda dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dikurniakan hati yang terang dan dilapangkan dada.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Diilhamkan Kecerdasan

Doa Elok Kesudahan Urusan

Doa Untuk Mereka Yang Diuji Dengan Kecelaruan Mood (Depression, Anxiety, Bipolar)

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More