Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum ini adalah untuk dijadikan panduan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi evidens skpmg2 standard 3.1 pengurusan kokurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan aspek-aspek dalam standard 3.2 pengurusan kokurikulum.

Antara aspek yang terdapat dalam pengurusan kokurikulum ini adalah seperti Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum, Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab Persatuan, Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform, Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan Permainan, Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum, Aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua dan Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum.

Isi Kandungan

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum

1- Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum

Bagi Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum antara evidens yang boleh diberikan adalah dokumen ketetapan kokurikulum dan carta organisasi kokurikulum. Bagi dokumen ketetapan kokurikulum, pihak sekolah boleh menyediakan fail untuk meletakkan pelbagai pelan strategik 3 tahun bagi semua sukan, badan beruniform dan kelab persatuan serta semua program kebitaraan sekolah. Bagi pengurusan kokurikulum, anda semua boleh rujuk buku panduan ini yang boleh dicetak sebagai panduan evidens.

2- Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab Persatuan, Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform dan Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan Permainan

Bagi Aspek 3.2.2 sehingga Aspek 3.2.4, evidens yang boleh disediakan adalah seperti buku panduan pengurusan atau aktiviti, pelan strategik, taktikal dan operasi, jadual perjumpaan sepanjang tahun, buku laporan aktiviti atau fail laporan, instrumen pemantauan, kad borang penilaian, rumusan aktiviti, laporan tahunan , fail-fail setiap gerko dan juga penyelaras.

3- Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum

Bagi Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum, antara evidens adalah seperti pelan-pelan program kecemerlangan kokurikulum, minit mesyuarat kokurikulum, takwim pengurusan, laporan program dan rekod pencapaian. Rekod pencapaian adalah seperti sijil yang diperolehi murid dalam setiap aktiviti sukan yang disertai.

4- Aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua

Bagi Aspek 3.2.6 Pangurusan Sukan Untuk Semua, antara evidens adalah seperti pelan-pelan berkait, minit mesyuarat, takwim sukan, laporan, dan rekod pencapaian. Rekod pencapaian adalah seperti sijil yang diperolehi murid dalam setiap aktiviti sukan yang disertai. Bagi takwim sukan, sila simpan jadual sukan mssr yang biasanya diedarkan pada awal tahun persekolahan melalui PDD.

5- Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Bagi Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum, antara evidens adalah seperti analisis dalam PAJSK. Dalam PAJSK ini, sila cetak pencapaian dan rekod markah murid Segak, ekstra kokurikulum, dan markah murid bagi setiap gerko.

Antara bahan evidens skpmg2 standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum adalah seperti :

Aspek Dalam Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum

Bahan Evidens

1- Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum
2- Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab Persatuan, Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform dan Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan Permainan
3- Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum
4- Aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan Untuk Semua
5- Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan Kokurikulum ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Minit Mesyuarat Maklum Balas Format Baharu

Anugerah dan Pecapaian PBPPP

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More