Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fail Meja Guru Besar

Fail Meja Guru Besar ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.

Isi Kandungan

Dapatkan “Fail Meja Guru Besar” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Peranan Pengetua dalam Institusi Pendidikan di Malaysia

Antara peranan pengetua dalam institusi pendidikan di Malaysia :
  • Teras kepada pengurusan pendidikan di sekolah
  • Menjalankan  kerja-kerja pentadbiran
  • Pemimpin pengajaran dan pembelajaran
  • Pembentuk budaya pentadbir
  • Mengurus perkembangan staf
  • Mencari idea-idea baru meningkat proses pengajaran dan pembelajaran
  • Melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang berkesan
  • Mempertingkatkan daya kreatif dan enovatif kakitangannya
  • Menanamkan minat guru-guru dan kakitangan menyumbangkan tenaga dan idea

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Guru Besar ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021

Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More