Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kadar Zakat Fitrah 2024 Mengikut Negeri Di Malaysia

Kadar Zakat Fitrah 2024 bagi setiap negeri di Malaysia telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan itu.

Isi Kandungan

Apa Itu Zakat Fitrah?

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai 

  • zakat badan,
  • zakat puasa,
  • zakat Ramadan, dan
  • zakat Fitri

kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting.

Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya dan ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama.

Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah al-Baqarah: 43)

Oleh kerana perintah mendirikan solat adalah wajib, begitu juga menunaikan zakat adalah wajib. Ini kerana perintah dan arahan menunaikan zakat dengan sighah fi’il amar atau suruhan.

Perintah mengeluarkan zakat disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran pada 23 tempat.

Kadar Zakat Fitrah 2024 Mengikut Negeri Di Malaysia 1
Kadar Zakat Fitrah 2024

Hukum Keluarkan Zakat Fitrah

Hukum keluarkan zakat fitrah ialah WAJIB ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad).
  2. Berakal.
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal.

Zakat Fitrah adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan pada bulan Ramadan yang bertujuan

  • untuk membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia, dan
  • untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang dan malam).
Kadar Zakat Fitrah 2024 Mengikut Negeri Di Malaysia 2

Kadar Zakat Fitrah 2024

Bagi Kadar Zakat Fitrah 2024, hanya 5 negeri iaitu Selangor, Melaka, Pahang, Perlis dan Kelantan mengesahkan mengekalkan kadar zakat fitrah seperti tahun 2023 selaras pengumuman pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, negeri yang menetapkan nisab paling rendah iaitu sebanyak RM7 adalah Perlis dengan mewartakan satu kadar.

Terengganu mencipta rekod sebagai negeri yang paling tinggi untuk kadar minimum iaitu RM10 berbanding tahun lalu hanya RM8, manakala nisab tertinggi pula ditetapkan RM22.

Justeru, berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2024 bagi setiap negeri-negeri di Malaysia mengikut kadar beras yang dimakan.

NegeriKadarCara Bayaran
KedahRM 7 / RM 14.50 / RM 22Bayaran Secara Online
Pulau PinangRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
PerakRM 8 / RM 16 / RM 24Bayaran Secara Online
SelangorRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
Wilayah PersekutuanRM 7 / RM 15 / RM 22Bayaran Secara Online
Negeri SembilanRM 7 / RM 12.50 / RM 22Bayaran Secara Online
MelakaRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
JohorRM 7 / RM 12 / RM 20Bayaran Secara Online
PahangRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
KelantanRM 7 / RM 14 / RM 21Bayaran Secara Online
TerengganuRM 10 / RM 22Bayaran Secara Online
PerlisRM 7Bayaran Secara Online
SabahRM 7.50Bayaran Secara Online
SarawakRM 7.50Bayaran Secara Online
Kadar Zakat Fitrah 2024
Kadar Zakat Fitrah 2024 Mengikut Negeri Di Malaysia 3
Kadar Zakat Fitrah 2024

Rasulullah SAW bersabda kepada Mu’az R.A ketika Baginda mengutusnya ke Yaman:

فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللهَ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ فِي فُقَرَائِهِمْ

Maksudnya: “Jika mereka mematuhi perkara itu, beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan solat ke atas mereka lima waktu sehari semalam. Jika mereka mematuhi perkara itu zakat ke atas mereka yang diambil daripada orang kaya lalu diagihkan-agihkan kepada orang fakir di kalangan mereka.”

Riwayat Muslim (130)

Hadith ini menunjukkan zakat diberi kepada golongan fakir negeri yang dipungut zakat pada asalnya. Akan tetapi para fuqaha’ mengharuskan untuk dipindahkan zakat kepada negeri yang lain jika penduduk tersebut memerlukannya sebagaimana pendapat Syeikh al-Syarbasi.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menunaikan rukun Islam berkaitan zakat ini agar harta kita sentiasa subur, bersih, suci dan berkat disamping kita mendapat keredhaan daripada-Nya.

Selamat berpuasa dan semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More