Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Soalan Latihan Perniagaan Pelajar Cemerlang

Koleksi Soalan Latihan Perniagaan  ini adalah himpunan soalan terbaik subjek perniagaan oleh pelajar cemerlang SPM/STPM. Untuk cemerlang dalam subjek Perniagaan, para pelajar perlu memperbanyakkan membuat latihan bagi membiasakan diri dengan bentuk soalan yang diberikan.

Himpunan soalan ini adalah initiatif seorang guru yang menghimpunkan soalan-soalan perniagaan yang terbaik serta berkualiti bagi dijawab oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Untuk mendapatkan Koleksi Soalan Latihan Perniagaan pelajar cemerlang anda boleh memuat turun seperti dibawah

Dapatkan “Koleksi Soalan Latihan Perniagaan  ” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Koleksi Soalan

          Modul

Set 1

Set 2

Set 3

Set 4

Set 5

Set 6

Set 7

Nak Dapatkan Contoh Soalan Fizik???

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi soalan latihan Fizik , anda boleh memuat turun di link Koleksi Soalan Latihan Fizik.

Tips Dato Fazley Yaakob @ Chef Selebriti Cemerlang 8A1 dalam SPM!!!

1) Langkah pertama

Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil.

Sebenarnya, kamu boleh menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada kemampuan dan keselesaan kamu.

2) Langkah kedua

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata penting diwarnakan.Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang dibaca. Bacalah mengikut bab atau topik. Tidak perlu baca banyak perkara. Yang penting kamu faham, kemudian baru buat nota.

3) Langkah ketiga

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum

4) Langkah keempat

Mula menulis nota mengikut kolum. Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar dapat meningkatkan tahap ingatan.

5) Langkah kelima

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang penting. Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting – warna merah, nama tokoh – warna biru.

6) Langkah keenam

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula mengajar.

7) Langkah ketujuh

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana . Jika ada masa terluang, silalah baca .Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Fazley menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan pengiraan.

Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan penyelesaian yang betul secara sistematik.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Soalan Latihan Perniagaa ini dapat membantu anda.

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More