Sumber Rujukan Globalisasi Anda

KWSP – Kelulusan Bermula Pada 8 Mac Ini

Isi Kandungan

Pengenalan

i-Sinar telah mengeluarkan berita bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengatakan kelulusan akan mula diberikan mulai 8 Mac 2021 ini.

Tahniah kepada anda yang mempunyai status permohonan Sedang Diproses atau Dokumen Sokongan Diperlukan, tetapi yang belum membuat permohonan sila tunggu selepas 8 Mac 2021 bagi mempercepatkan proses.

kwsp

Status Permohonan

  • Status sedang diproses
    • Sebelum ini pihak KWSP telah mendapati pihak tertentu mempunyai tiada potongan 30%. Akan tetapi permohonan akan tetap luluskan semua tanpa syarat dan semak pada 8 Mac untuk tarikh pembayaran nanti.
    • Contoh situasi: A telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 dan telah menerima bayaran interim RM1,000 tetapi status permohonan masih lagi sedang diproses
  • Dokumen sokongan diperlukan
    • Pihak KWSP tidak menilai lagi dokumen pihak tertentu samada dokumen itu telahpun dihantar atau tidak. Kedua – dua situasi ini akan diluluskan permohonannya.
    • Contoh situasi: B telah membuat permohonan sebelum 8 Mac 2021 tetapi tidak menerima bayaran interim RM1,000 jadi dokumen sokongan diperlukan
    • Tiada bayaran interim bagi yang belum menerima bayaran tersebut. B akan terus menerima pembayaran pertama
  • Pembayaran yang kurang atau terlebih
    • Pihak KWSP belum keluarkan sebarang arahan untuk penukaran jumlah bayaran (tersilap atau penambahan), apa – apa maklumat akan dimaklum melalui laman sesawang atau Facebook.

Ahli belum membuat permohonan PERLU dibuat bermula 8 Mac 2021. Permohonan akan diberi kelulusan. 

Bagi yang mempunyai baki Akuan 1 yang kurang daripada RM150 atau ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas adalah TIDAK LAYAK untuk memohon Kemudahan i-Sinar.

kwsp

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat  lanjut yang berkaitan, anda boleh layari Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau layari laman web rasmi dibawah:

Https://www.kwsp.gov.my

Anda boleh hubungi pada nombor dibawah:

03 – 8922 6000

Atau fax pada:

03 – 8922 6222

Waktu yang anda boleh hubungi pihak KWSP adalah dari Isnin hingga Jumaat pada pukul 8 pagi hingga 5 petang. (Hari Sabtu, Hari Ahad, Cuti Awam Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan adalah terkecuali.)

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More