Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peranan dan Tanggungjawab PBPPP

Peranan dan Tanggungjawab PBPPP yang merupakan bahagian pertama di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 1 : Peranan dan Tanggungjawab PBPPP seperti di bawah.

Isi Kandungan

Dapatkan “Peranan dan Tanggungjawab PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Bahagian 1  : Peranan dan Tanggungjawab PBPPP

Peranan dan tanggungjawab merupakan bab pertama dalam penghasilan fail PBPPP.

Item pertama adalah mengenai vitae kurikulum ataupun details kurikulum guru.

1- Vitae Kurikulum

Pada item ini, guru perlu menyatakan secara menyeluruh dan lengkap maklumat diri guru termasuk dengan jawatan perkhidmatan, kelulusan akademik dan juga kemahiran yang dimiliki oleh guru.

Kemahiran yang boleh dinyatakan oleh guru termasuk dengan kemahiran penggunaan ict dan guru boleh menyatakan lagi secara terperinci kemahiran guru samada mahir menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan juga Video Editor seperti Sony Vegas Pro.

Guru juga perlu menyatakan persatuan dan pertubuhan yang dianggotai oleh guru sepanjang perkhidmatan. Pastikan guru lampirkan bukti keahlian pertubuhan yang disertai seperti contoh minit mesyuarat, laporan bergambar dan pelbagai lagi yang membuktikan guru adalah ahli pertubuhan tersebut.

2- Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Seterusnya adalah item falsafah pendidikan kebangsaan. Yang ini guru hanya perlu copy dan edit serta cetak untuk diletakkan di dalam fail. Jika guru mempunyai keterangan yang terperinci mengenai fail fpk ini juga boleh diselitkan di dalam fail.

3- Skop Kerja

Item ketiga adalah skop kerja. Skop kerja ini meliputi bidang kerja cikgu. Semua tugas dan surat pelantikan guru boleh diletakkan di dalam fail ini. Guru juga perlu sediakan fail meja tugasan dan tanggungjawab guru seperti fail meja guru kelas dan fail meja ketua panitia.

4- Sasaran Kerja Tahunan

Item keempat adalah Sasaran Kerja Tahunan atau SKT. Pada masa ini, gantikan SKT dengan keberhasilan yang guru telah sediakan pada tahun 2016. Dan pada tahun 2017, terdapat lebih kurang 44 keberhasilan seorang guru meliputi kurikulum, hem, kokurikulum dan tugasan lain.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Peranan dan Tanggungjawab PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More