Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sehingga RM 7,000 oleh TKWBNS

Permohonan pinjaman boleh ubah Selangor oleh Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor atau dikenali sebagai TKWBNS sehingga RM 7,000. Tawaran pinjaman boleh ubah dalam Negara bagi Selangor tahun 2021 kini dibuka.

  1. Anak Selangor sahaja
  2. Sehingga RM7,000
  3. Pinjaman ( boleh ubah )

Isi Kandungan

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor

Bagi penduduk selangor yang melepasi syarat, anda semua boleh membuat permohonan ini. Sila baca dan ikuti langkah-langkah yang kami sediakan untuk memudahkan anda seperti dibawah.

Maksud Dan Cara Mohon

Program Peduli Siswa-Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini ialah pembiayaan pendidikan tinggi dalam bentuk pinjaman tanpa faedah yang dibiayai oleh kerajan negeri Selangor.

Permohon dibuka atas talian sahaja (online) anda boleh klik di link ini untuk maklumat lebih lanjut TKWBNS.

  • Jika yang baru mendaftar untuk permohon baru boleh tekan di link ini pendaftaran
  • Untuk yang sudah berdaftar boleh tekan di link ini pendaftaran

Kepada yang sudah mendaftar anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa sahaja. Anda juga tidak perlu ke kaunter seperti yang baru berdaftar.

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sehingga RM 7,000 oleh TKWBNS

Syarat Am

Berikut adalah syarat-syarat am yang diperlukan sebelum anda membuat permohonan tersebut. SIla pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang diberikan untuk memastikan anda tidak mempunyai sebarang masalah berhubung dengan permohonan ini.

  1. Pemohon dan ibu dan bapa merupakan warganegara Malaysia; dan Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor; atau Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih daripada sepuluh (10) tahun di Selangor. KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA ANAK SELANGOR.
  2. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Perubatan.
  3. Sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam Negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.
  4. Pemohon bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
  5. Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar)
  6. Pendapatan isi rumah (Ibu dan Bapa) hendaklah tidak melebihi RM 20,000.00 sebulan (gaji pokok).

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor

Sila layari laman web dibawah untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman ini.

Laman Web Rasmi : https://tkwbns.selangor.gov.my

Makumat penting berkenaan dengan dengan permohonan :

  • Tarik akhir permohonan ialah 31 Ogos 2021
  • Pinjaman tanpa faedah
  • Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun

Semoga segala maklumat yang diberikan ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada semua yang ingin membuat permohonan ini. SIla kongsikan kepada rakan-rakan yang memerlukan diluar sana.

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sehingga RM 7,000 oleh TKWBNS

Jumlah Tajaan yang diberikan

Jumlah tajaan mengikut peringkat pengajian pelajar iaitu sijil, diploma ijazah dan ijazah perubatan.

PERINGKAT PENGAJIAN IPTA/IPTS

(Kadar Setahun)

UiTM, Politeknik &

Kolej Komuniti

(Kadar Setahun)

Sijil RM 3,000.00
Diploma RM 4,900.00 RM 3,500.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai dan Veterinar) RM 6,500.00 RM 4,500.00
Perubatan dan Pergigian RM 7,000.00 RM 7,000.00

Pengurangan Bayaran Balik

  1. Pembiayaan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah di mana ia akan diberikan mengikut kecermelangan pelajar menerusi pencapaian CGPA / PNGK pelajar.
  2. Pengurangan hanya boleh dimohon selepas taman pengajian.

Permohonan Pinjaman Boleh Ubah Selangor Sehingga RM 7,000 oleh TKWBNS

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pinjaman ini, sila rujuk laman web rasmi https://tkwbns.selangor.gov.my

Rujuk Facebook: https://www.facebook.com/pejabatsukselangor/

No Telefon: 03-5544 7000

Email : [email protected]

Permohonan Pasca Siswazah GREP MARA 2021

Pinjaman pasca siswazah graduate excellence programme (GREP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk maklumat lanjut boleh klik di sini.

Selain pinjaman ini, anda juga boleh mendapatkan pinjaman dan bantuan lain seperti Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar dan juga Bantuan Zakat PKP-Buat Semakan dan Permohonan Sekarang Bagi Setiap Negeri. Semoga bantuan yang ada ini dapat membantu meringakan beban bagi setiap yang memerlukan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More