Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Portal DELIMa KPM

Portal DELIMa KPM

Portal DELIMa KPM adalah merupakan portal secara atas talian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Bagi ibu bapa yang sedang mengajar anak-anak terutama ketika keadaan pandemik Covid-19 seperti sekarang perlu mengetahui tentang portal ini serta bagaimana hendak menggunakan portal yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam memudahkan proses PdPR.

Portal DELIMa KPM

Banyak manfaat buat buat anak-anak boleh diperolehi melalui portal percuma ini yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini amat menarik dan sangat berguna untuk ibu bapa dalam memastikan pelajaran anak-anak tidak tertinggal. Mari kita lihat serba sedikit mengenai portal online ini.

 

Isi Kandungan

Pengenalan Portal DELIMa

 

Portal DELIMa KPM

DELIMa adalah satu singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Portal DELIMa KPM ini adalah merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

DELIMa ialah platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pelajar. Mereka boleh mengakses portal ini menggunakan akaun Google pelajar yang sedia ada.

DELIMa menggunakan halaman Google Sites sebagai tapak paling asas bagi platform pembelajaran maya  ini.

 

 

Cara Daftar Masuk (Log In)

 

Portal Delima KPM

 

Para pendidik dan pelajar boleh mengakses platform DELIMa menggunakan e-mel MOE Digital Learning (DL) yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah sebelum ini.

Para guru dan pelajar hanya perlu mengikut langkah berikut untuk daftar masuk (log in) ke laman web tersebut:

  1. Layari laman portal https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login
  2. Masukkan ID dan password yang telah dibekalkan oleh sekolah
  3. Tekan butang LOGIN
  4. Setelah berjaya Login, anda boleh pilih Menu PELAJAR, GURU atau SEKOLAH
  5. Selepas itu, anda akan dipaparkan dengan pelbagai fungsi untuk kegunaan PdPR yang boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Portal Delima KPM

 

Pelbagai Fungsi Portal DELIMa

 

Tak ramai yang tahu ada banyak function/apps menarik dalam Portal DELIMa KPM antaranya:

  1. Digital Textbook
  2. Microsoft Office 365 (Word, Excel, Power Point etc)- Free untuk semua murid/guru
  3. Canva
  4. Padlet
  5. Wolfram Alpha
  6. Semua Google services – Earth, Translate, etc.7. MINECRAFT EDUCATION EDITION

Portal Delima KPM

Portal DELIMa KPM 1

 

Setiap pelajar akan diberikan satu ID yang akan membolehkan mereka mengakses semua kemudahan ini secara percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.

Link Portal Delima KPM: https://sites.google.com/moe.edu.my/login/login

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Portal DELIMa KPM memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel berkaitan:

Buku teks sekolah kini dalam versi digital – KPM

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0

Para Guru perlu memakai PPE (Full Set) ke sekolah

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More