Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2022

Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2022 adalah tajaan secara dermasiswa untuk pelajar lepasan SPM dari latar belakang keluarga B40 bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Permohonan telah dibuka dan pelajar yang layak boleh mula memohon secara atas talian di laman sesawang rasmi JPA.

Dermasiswa B40 JPA 2022
Sumber Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Apa Itu Dermasiswa B40 JPA?

Program Dermasiswa B40 JPA adalah satu bentuk program oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mensasarkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenalpasti daripada latar belakang golongan B40 iaitu keluarga berpendapatan rendah untuk ditaja pengajian mereka melalui kaedah dermasiswa.

Maklumat Berkaitan Dermasiswa B40 JPA 2022

Di bawah ini kami kongsikan maklumat berkenaan Program Dermasiswa B40 JPA 2022 untuk makluman anda.

Objektif Dermasiswa B40 JPA 2022

Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar-pelajar SPM tahun 2021 yang datang dari kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk mereka lanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini terutama bagi peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam(UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Syarat Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, anda perlulah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2021 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  6. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah

Syarat-Syarat Khusus

Bagi Universiti Awam (UA) / Politeknik yang dikenalpasti:

  1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut

Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) / Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / Kolej Komuniti / Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) / Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  1. Menduduki SPM 2021 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain yang diambil
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut

Maklumat Tambahan

Terdapat beberapa bidang pengajian yang tidak ditaja di bawah program Dermasiswa B40 JPA 2022 iaitu:

  • Pendidikan
  • Kejururawatan
  • Sijil Profesional untuk perlesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License)
  • Kursus Profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP) dan Chartered Accountancy (CA)

Bagaimana Cara Memohon?

Permohonan bagi Dermasiswa B40 JPA 2022 adalah secara dalam talian di laman sesawang eSILA dan dibuka selama 10 hari

Dermasiswa B40 JPA 2022

Tarikh Penting Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022

Tarikh Buka Permohonan

15 Julai 2022 (Jumaat) mulai jam 5.00 petang

Tarikh Tutup Permohonan

24 Julai 2022 (Ahad) jam 5.00 petang

Kaedah Memohon dan Keputusan

  1. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup.
  2. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA Tahun 2022 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
  3. Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA pada minggu ke-2 bulan September 2022. Sebarang perubahan tarikh pengumuman keputusan akan dimaklumkan di laman sesawang sama, jika ada.
  4. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan Dermasiswa B40 JPA 2022

Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik pautan berikut untuk ke laman sesawang rasmi JPA:

MOHON DI SINI

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat program, dan soalan lazim, anda boleh layari laman sesawang eSILA bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan program Dermasiswa B40 JPA 2022 di pautan yang disediakan di bawah ini:

Syarat Permohonan dan FAQ Dermasiswa B40 JPA 2022

Selain itu, pertanyaan program mahupun masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi:

Talian Call Centre: 03-8885 3297 (dibuka 18 – 22 Julai 2022, dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang)

Emel: [email protected] (hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka)

Senarai Biasiswa dan Bantuan Pelajaran Tahun 2022

Selain program Dermasiswa B40 oleh JPA bagi tahun 2022 yang kami kongsikan ini, terdapat juga beberapa biasiswa dan bantuan yang telah pun dibuka untuk tahun 2022 seperti berikut:

  1. Senarai Biasiswa Terkini tahun 2022 bagi pelajar lepasan SPM 2021. Untuk lihat senarai, boleh layari pautan berikut: Senarai Biasiswa Terkini 2022
  2. Biasiswa Yang DiPertuan Agong untuk tahun 2022 telah dibuka permohonan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: PERMOHONAN BIASISWA YANG DIPERTUAN AGONG 2022 (BYDPA)
  3. Biasiswa Endowment UiTM 2022 dibuka dan boleh dimohon di sini: PERMOHONAN BIASISWA ENDOWMENT UITM 2022
  4. Bantuan Kewangan Untuk Pelajar Kolej Komuniti sebanyak RM300/bulan boleh dipohon bagi pelajar-pelajar Kolej Komuniti. Untuk maklumat permohonan, boleh layari pautan berikut: Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM300/bulan

Diharap dengan perkongsian kami kali ini dengan Senarai Biasiswa Terkini 2022 dapat memberi maklumat kepada semua lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran. Selamat maju jaya kami ucapkan buat semua pelajar, semoga dapat terus sukses dalam apa yang ingin anda ceburi.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More