Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Ikan Basung Masak Kacang Hitam

Selamat berhujung minggu semua. Sedang buat apa tu?

Pastinya sesudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB) berakhir dan kini Malaysia dalam PKPP atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, ramai sudah dikalangan ibu-ibu yang terasa mudah sikit untuk mendapatkan bahan memasak kan.

Resepi Ikan Basung Masak Kacang Hitam ini sebenarnya lebih terkenal di tempat saya(penulis) dengan nama menu Ikan Tauseh. Alaaa…ikan yang dalam tin bujur tu.

Tapi disebabkan memang dikalangan ibu-ibu kita ini sangat kreatif dalam menyediakan makanan, maka terhasillah resepi Ikan Basung Masak Kacang Hitam atau Salted Fish Black Bean.

Ikan Basung lebih terkenal di Sabah, manakala nama lain bagi ikan Basung ni adalah  ikan Selayang atau ikan Sardin.

Bukan setakat menyediakan untuk dimakan sendiri, malah ada yang menjadikan resepi ini sebagai sumber pendapatan dengan memasak dan menyimpannya dalam kontena  atau bekas khas untuk dijual kepada rakan-rakan.

Sebenarnya resepi ini adalah hasil perkongsian oleh Clarita Hosanna di facebooknya.

Isi Kandungan

Resepi Ikan Basung Masak Kacang Hitam (Salted Black Bean Fish)

Bahan-bahan Asas (Boleh ubah suai ikut kreativity/selera)

1. 1Kg Ikan Basung
2. 1 packet salted black bean
3. 3 ulas bawang merah} {hiris ikut suka hati}
4. 3 ulas bawang putih}
5. 1 inci halia}
6. Beberapa biji cili}
7. Garam, perisa secukup rasa/ajinomoto
8. 2 cawan air/secukupnya
9. 1 cawan minyak masak untuk menumis

Cara-cara memasak Ikan Basung Masak Kacang Hitam (Salted Black Bean Fish)

1.Ikan basung dibersihkan dan goreng kering.

2. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili dan black bean.

3. Masukkan ikan dan letak air sehingga ikan tenggelam. Tambahkan perasa mengikut selera anda(garam atau secukup rasa). Tetapi diingatkan, sila guna garam sedikit saja kerana black bean rasanya sudah masin sedia.

Ikan Basung Masak Kacang Hitam

4. Masak dengan api sederhana sehingga kuah/air kering.

5. Simpan dalam bekas dan sedia untuk dihidang bila-bila masa pun boleh.

6. Resepi ini juga boleh ditambah cili agar terasa pedas. Sesiapa yang suka dengan pedas-pedas tu bolehlah letak cili ya.

Apalagi wahai ibu-ibu semua. Jomlah mencuba resepi yang sangat mudah ini.  Atau anda juga boleh mencuba beberapa lagi resepi di sini

Resepi Mee Champa

Resepi Biskut Brownies Kedut

5 Resepi Kek Guna Blender

Selamat mencuba.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More