Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP

Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP yang merupakan bahagian ketiga di dalam penghasilan fail PBPPP ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khusunya buat para guru sekolah.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut :

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP

  • Nilai profesional
  • Pengurusan aktiviti
  • Sumbangan
  • Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP

  • Keberhasilan PdP
  • Keberhasilan kaunseling
  • Keberhasilan kejurulatihan

Ikuti perkongsian mengenai Bahagian 3 : Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP seperti di bawah.

Isi Kandungan

Dapatkan “Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Bahagian 3 : Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP

Bab sumbangan kepada organisasi ini mempunyai 3 item iaitu senarai tugas dan tanggungjawab, sumbangan kepada PPD, JPN , KPM dan penulisan/penerbitan.

1- Senarai Tugas dan Tanggungjawab

Item pertama adalah mengenai senarai tugas dan tanggungjawab guru pada tahun semasa meliputi semua aspek melalui kurikulum, kokurikulum, hem dan tugas-tugas khas.

Semua surat perlantikan jawatan sama ada daripada sekolah atau ppd perlu diselitkan sekali di dalam ini sebagai bahan bukti perlantikan.

2- Sumbangan kepada PPD, JPN, KPM

Item kedua melibatkan sumbangan kepada ppd, jpn dan kpm. Sumbangan ini melibatkan tugasan seperti penceramah, pembentang, jurulatih utama, jurulatih sukan (olahraga), ajk program-program peringkat ppd, jpn, kpm dan pelbagai lagi tugasan lain.

Selitkan sekali surat panggilan mesyuarat jawatankuasa sesuatu program ataupun surat perlantikan tersebut.

3- Penerbitan dan Penulisan

Item ketiga melibatkan penerbitan dan penulisan. Semua jenis penulisan dan penerbitan boleh dinyatakan di sini seperti kajian tindakan, modul, buku, penulisan cerpen dan sajak dalam akhbar dan majalah.

Paling senang, mulakan majalah sekolah dan guru boleh berkongsi penulisan di sana. Jika ada keluarkan buku tidak kira penerbitan mana-mana, cetak muka hadapan buku tersebut,  dan minta guru besar sahkan bahawa kita penulis buku tersebut.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Sumbangan Kepada Organisasi PBPPP ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Buku Pengurusan PPKI 2021

8 Tips Pelaburan Saham | Peter Lynch

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More