Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara Shah Alam di bina di atas tanah seluas 817 hektar di bandar Shah Alam (dahulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia atau Taman Pertanian Bukit Cerakah) adalah kebanggaan warga Shah Alam sebab ia adalah taman hutan pertanian terbesar di dunia.

Taman Botani Negara Shah Alam

Walaupun taman ini direka sebagai pusat penyelidikan, ia juga dibuka untuk kunjungan kepada orang awam untuk tujuan riadah bersama keluarga.

Tempat Menarik di Taman Botani Negara Shah Alam

Bnyak tempat menarik yang dibuka untuk pungunjung di Taman  Botani Negara Shah Alam untuk dikunjungi oleh para pengunjung.

1.Taman Haiwan

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Haiwan meliputi kawasan seluas 72 hektar dan ia adalah antara tempat kegemaran pengunjung untuk melihat  secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak,  burung merpati, arnab,  landak dan lain-lain lagi.

Taman Botani Negara Shah Alam Taman Botani Negara Shah Alam

 

 

 

 

 

2.Taman Hiasan

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Hiasan TBNSA telah diilhamkan oleh Tan Sri Sanusi Junid, mantan Menteri Pertanian Malaysia pada 1986. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai jenis bunga dan tanaman pokok renek.

Melalui Menara Pandang Jauh pengunjung boleh melihat pemandangan landskap yang menarik. Taman Hiasan juga sesuai di jadikan sebagai lokasi untuk merehatkan minda.

3. Taman Empat Musim

Di Taman 4 Musim anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini.

4.Taman Rempah Ratus

Taman Botani Negara Shah Alam Di Taman Rempah Ratus, pengunjung dapat mengetahui kelebihan dan kebaikan tumbuhan-tumbuhan yang ada. Tumbuh-tumbuhan ini ditanam dikawasan bukit seluas 16 hektar . Antara tumbuhan yang terdapat di Taman Rempah Ratus TBNSA adalah :

  • Teh
  • Kopi
  • Lada hitam
  • Buah pala
  • Kulit kayu manis

5. Taman Kaktus

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Kaktus direka secara unik seolah-olah di padang pasir dan mampu menarik perhatian pengunjung untuk singgah. Taman Kaktus mempunyai lebih daripada 3000 tumbuh-tumbuhan dari 145 variasi dan dimana 15 daripadanya berasal daripada Malaysia.

Di taman ini, pengunjung boleh melihat  kaktus jenis Saguaro Gergasi yang biasanya ditemui di Mexico.

Taman Botani Negara Shah Alam Taman Botani Negara Shah Alam

6.Taman Buah Tropika

Taman Botani Negara Shah Alam

Taman seluas 35 hektar ini menawarkan pelbagi jenis buah-buahan tropika. TBNSA menggunakan teknologi pertanian yang terkini dan moden untuk menghasilkan pelbagai jenis pokok. Anda juga berpeluang mendapatkan panduan untuk menanam pokok-pokok ini sendiri di rumah. Antara pokok buah-buahan yang terdapat disini adalah seperti rambutan, durian , manggis, cempedak dan bnyak lagi.

7.Taman padi

Taman Botani Negara Shah Alam  Kehijauan sawah padi yang terbentang di Taman Padi pasti memberikan gambaran menarik alam semula jadi kepada pengunjung. Terdapat juga Bangsal Serbaguna dan Gelanggang Sepak Takraw sebagai salah satu Tapak Hari Keluarga.

Taman Botani Negara Shah Alam Taman Botani Negara Shah Alam

Harga Tiket

Untuk masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam, pengunjung akan dikenakan tiker seperti berikut.

 

Dewasa (RM)

Kanak-Kanak (RM)

Warga Emas (RM)

Tiket Masuk

3

1

1

Rumah 4 Musim (Salji)

5

3

3

Rumah 4 Musim

(Selain salji)

1

1

1

Lokasi

Lokasi Taman Botani Negara Shah Alam adalah seperti berikut:

Alamat: Taman Botani Negara Shah Alam, Taman Pertanian Malaysia, 40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu lawatan: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 5:30 petang. Tutup pada hari Isnin.

 

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Taman Botani Negara Shah Alam akan memberi sedikit info dan gambaran berkenaan  tempat ini. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my.Terima Kasih

MENARIK UNTUK DILAWATI:Tempat menarik di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More