Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Penajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021

Tawaran Penajaan JPA - Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021

Tawaran Penajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 telah dibuka permohonannya kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Goverment Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tawaran Penajaan JPA - Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021

 

Isi Kandungan

Tawaran Penajaan JPA PIDN 2021

 

Permohonan untuk Tawaran Penajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) ini dibuka kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government Linked Universities (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

 

 

Syarat Permohonan

 

Untuk calon-calon yang berminat dengan Tawaran Penajaan JPA ini, anda mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

 

1. Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahunbagi pelajar peralihan)

 

2. Syarat Khusus

  • Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup
  • Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00;

atau

(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM);

atau

(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran;

dan

(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa. 
B. Bidang Perubatan dan Pergigian
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian;

dan

(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

 

 

Bidang Pengajian Yang Ditaja

 

Semua bidang pengajian adalah ditaja di bawah Tawaran Penajaan JPA – PIDN Tahun 2021 KECUALI bidang-bidang seperti di bawah:

  1. Bidang pendidikan
  2. Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan
  3. Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS
  4. Program-program berkembar / dual ijazah / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan
  5. Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan
  6. Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA
  7. Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian

 

 

Cara Permohonan

 

Permohonan untuk Tawaran Penajaan JPA – PIDN Tahun 2021 ini telah dibuka secara dalam talian (online) di laman sesawang JPA http://esilav2.jpa.gov.my/ bermula 11 Mac 2021 (Khamis) hingga 23 Mac 2021 (Selasa). Permohonan akan ditutup pada jam 5.00 petang pada hari Selasa, 23 Mac 2021. Sebarang bentuk permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 

Tawaran Penajaan JPA PIDN 2021

 

Calon dibenarkan untuk mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja yang akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

 

 

Maklumat Lanjut

 

Tawaran Penajaan JPA – PIDN Tahun 2021 ini telah mula disiarkan di laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Anda boleh merujuk Syarat Permohonan atau Frequently Asked Questions (FAQ) yang disediakan bagi maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan.

 

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan cara berikut:

  1. Talian : 03-8885 3297 (Hari bekerja; 9.00 pagi – 4.30 petang)
  2. Emel: [email protected]

 

Sesi soal jawab secara langsung juga akan diadakan sepanjang tempoh permohonan dibuka, dengan durasi setiap sesi selama 1 jam iaitu pada jam 9.00 – 10.00 pagi dan 3.00-4.00 petang: meet.google.com/jyb-hnkd-ctw.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap dengan perkongsian kali ini berkenaan Tawaran Penajaan JPA – Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2021 memberi manfaat kepada semua pembaca, terutama calon-calon pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam negara. Selamat maju jaya kepada semua pelajar, dan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak bantuan kepada anda semua.

Untuk lebih informasi berkenaan bantuan pendidikan, klik pautan ini: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Skim Bantuan Awal IPT Yayasan Wilayah Persekutuan

Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP

Permohonan Bantuan Awal IPT 2021 Oleh Lembaga Zakat Kedah

Bantuan Dermasiswa Yayasan Perak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More