Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data untuk kegunaan anda dan anak anda di rumah.

 

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan apabila wabak Covid-19 melanda negara tahun lepas, perlahan-lahan arena pendidikan negara dilihat beralih arah kepada pembelajaran secara atas talian atau online learning. Tidak kiralah apa jua peringkat, sama ada sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, semua tidak terlepas daripada satu perubahan baru dalam proses pembelajaran.

Kaedah ini amat bertepatan dalam mematuhi norma baharu dalam situasi wabak, iaitu mengurangkan sentuhan atau kontak fizikal dan mengekang penyebaran wabak tersebut. Bagi peringkat sekolah, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan sejak tahun lepas. Sama seperti kaedah pembelajaran atas talian lain, PdPR dilaksanakan melalui panggilan video di platform online menjadikan sesi pembelajaran adalah secara virtual.

Ini memerlukan capaian internet yang stabil buat para pelajar dan ibu bapa khususnya. Ada pelbagai cara untuk memastikan capaian internet di rumah stabil, dan di sini ingin kami kongsikan satu tips mudah PDPR dilaksanakan menggunakan peranti yang boleh dibeli di Shopee, dan sim kad dengan kuota data yang tiada had (unlimited data). Ianya telah dikongsikan oleh pengguna TikTok @niksalsabila23 dan kini telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan dan lebih 120 ribu sukaan.

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Menurut beliau, pocket wifi modem ini boleh dibeli di Shopee, dan mampu menampung sehingga 8 ke 10 sambungan (komputer/laptop/telefon dan sebagainya). Dan bagi mendapatkan pautan internet, beliau gunakan kad sim dengan unlimited data yang dibeli juga daripada Shopee.

Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited DataTips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data

Perlu diingatkan bahawa kad sim unlimited data yang digunakan MESTILAH yang dibenarkan oleh syarikat telekomunikasi (seperti Digi, Maxis dan sebagainya) untuk digunakan melalui modem atau router. Buat semakan dengan penjual atau ejen kad sim sebelum membuat pembelian. Pastikan anda mendapatkan khidmat nasihat syarikat telekomunikasi tentang halaju internet di kawasan anda juga sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli kad sim unlimited data.

@niksalsabila23

Benda yang paling fx aku purchase kat shoppe ✨ #wifirouter #studenthack

♬ Makna Cinta – Rizky Febian

 

Penutup

 

Diharap dengan perkongsian Tips Mudah PDPR Guna Pocket Wifi, Hanya Perlu Sim Unlimited Data ini dapat memberi sedikit info kepada semua, dalam mendapatkan pautan internet stabil untuk kegunaan anda di rumah. Semoga anda semua dapat manfaatkan Tips Mudah PDPR ini, dan kita semua terus dilindungi daripada wabak yang melanda negara kita.

Sumber: TikTok @niksalsabila23

 

Dapatkan lebih banyak maklumat terkini, sila klik pautan ini: t.me/tcerdotmy 

 

Artikel berkaitan:

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

5 Printer Terbaik Dan Murah Di Malaysia

Cara Format Laptop simple dengan 11 langkah mudah

Permohonan Bantuan Laptop Percuma Untuk Para Pelajar B40

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More