Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Program Intensif Bahasa Inggeris

Isi Kandungan

Pengenalan

Kolej Profesional MARA (KPM) telah mengadakan Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) sesi 1/2021 pengambilan bulan April ini.

Hanya calon lepasan SPM/SPMV/SVM/STPM/STAM bagi tahun 2019 & ke bawah boleh memohon. Program ini diadakan di KPM Ayer Molek, Melaka.

Tempoh Bagi Program

  • Permohonan: 17hb Februari sehingga 7hb Mac 2021
  • Semakan: 10hb Mac hingga 17hb Mac 2021
  • Rayuan Semula: 10hb Mac hingga 17hb Mac 2021
  • Pendaftaran: 2hb April 2021

Tempoh Pengajian bagi Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) ini adalah 2 bulan sahaja.

Maklumat Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web MARA
    http://www.mara.gov.my atau Portal UPIM http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ mulai
    17 Februari 2021 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 07 Mac 2021 (Ahad) jam 11.59 malam.
  • Pemohon perlu memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan yang ditetapkan.
  • Pemohon hanya boleh memohon program pengajian peringkat persediaan iaitu Program Intensif
    Bahasa Inggeris (Intensive English Programme, IEP) yang ditawarkan oleh pihak MARA di KPM Ayer Molek, Melaka.
  • Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti bagi melayakkan diri sebagai calon Program Intensif Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:

  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Memperoleh minimum 3 Kepujian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek:
    • Bahasa Melayu
    • Dua (2) subjek lain

Dan

  • Bahasa Inggeris (minimum Gred D)
  • Matematik (minimum Gred E)

Syarat Umum

  • Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

intensif

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut yang berkaitan, anda boleh menghubungi talian dibawah:

Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA,
Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA,
Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Emel : [email protected]
Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
WhatsApp : +6011-58521184

Waktu urusan adalah pada hari Isnin hingga Khamis (9 pagi hingga 1 tengah hari dan 2 petang hingga 4.30 petang) manakala hari Jumaat (9 pagi hingga 12.15 tengah hari dan 2.45 petang hingga 4.30 petang).

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021,Skim Bantuan Kanak,KWSP 8 Mac,

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More