Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Untuk 41 Jawatan Perkhidmatan Pendidikan

Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Untuk 41 Jawatan Perkhidmatan Pendidikan ini adalah untuk dijadikan panduan serta idea khususnya buat para Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Salah satu item yang dinilai di dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah keberhasilan. Keberhasilan ini merujuk kepada sasaran yang mahu dicapai oleh pegawai dinilai pada tahun tersebut.

Jika pegawai tersebut berjaya mencapai hampir semua sasaran yang ditetapkan atau melebihi sasaran, dalam markah pbppp, pegawai tersebut layak mendapat markah penuh iaitu 4.

Bilangan sasaran ataupun minimum sasaran yang ditetapkan adalah berbeza mengikut pentadbiran sekolah dan pejabat pendidikan daerah. Ada sekolah yang menetapkan melebihi 30 sasaran dan ada sekolah yang menetapkan secukup maksimum 12-20 sasaran.Borang keberhasilan ini dibincangkan sebanyak tiga kali iaitu pada permulaan, pertengahan dan akhir tahun. Pada pertengahan tahun, keberhasilan ini akan dinilai dan diberikan markah sama ada sudah terdapat sasaran yang dicapai ataupun ada sasaran yang perlu ditambah atau digugurkan.

Jika sasaran tidak dicapai, terdapat borang untuk memberi penjelasan kenapa sasaran belum tercapai di pertengahan tahun. Ikuti contoh penulisan sasaran keberhasilan di bawah.

Dapatkan “Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Untuk 41 Jawatan Perkhidmatan Pendidikan” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Sasaran Keberhasilan Untuk 41 Jawatan Perkhidmatan Pendidikan

Contoh sasaran keberhasilan ini disediakan untuk membantu Pegawai Penilai (PP) dan juga Pegawai Yang Dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa. Dokumen ini perlu dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK).

Contoh penulisan bidang tugas, contoh penulisan sasaran keberhasilan dan bilangan sasaran keberhasilan yang disediakan adalah sebagai panduan dan PPP tidak terikat dengan contoh dan jumlah bilangan yang diberikan. PPP boleh merujuk mana-mana contoh keberhasilan dalam mana-mana contoh jawatan sekiranya sesuai. Walau bagaimanapun penulisan sasaran keberhasilan perlu mengikut garis panduan penulisan sasaran keberhasilan seperti dalam GPPKK.

Disediakan khas sebagai panduan untuk kegunaan :

1. Pengetua/ Guru Besar
2. Penolong Kanan Pentadbiran
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Penolong Kanan Kokurikulum
5. Penolong Kanan Tingkatan 6
6. Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
7. Guru Akademik Biasa
8. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
9. Guru Akademik Tingkatan 6
10. Guru Sekolah Dalam Hospital
11. Penyelia Sekolah Dalam Hospital
12. Guru Prasekolah
13. Guru Bimbingan dan Kaunseling
14. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Audiologi
15. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Psikologi
16. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Carakerja
17. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Terapi Pertuturan Bahasa
18. Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Bidang Peripatetik
19. Penyelia Jurulatih Sukan
20. Jurulatih Sukan (Bola Tampar)
21. Nazir Sekolah
22. Timbalan Nazir Negeri
23. Pegawai Teknologi Pendidikan – PKG
24. Pegawai Teknologi Pendidikan – BTPN
25. Pensyarah IAB
26. Ketua Jabatan di IAB
27. Penolong Setiausaha KPM
28. Fasilitator – Fasilinus
29. Fasilitator – SIP+
30. Fasilitator – SISC+
31. Penyelia Pendidikan Sukan Negeri
32. Pusat Kokurikulum Negeri – Ketua Unit
33. Penolong Pengarah (JPN)
34. Kaunselor Organisasi JPN
35. Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
36. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
37. Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi
38. Pensyarah Kolej Matrikulasi
39. Ketua Unit Kolej Matrikulasi
40. Pensyarah IPGK
41. Ketua Jabatan IPGK

Penulisan sasaran keberhasilan perlu disesuaikan mengikut bidang tugas dan hasil yang hendak dicapai dalam tempoh penilaian. Dalam penulisan sasaran keberhasilan, PYD disarankan untuk menggunakan kata kerja yang menunjukkan perihal keberhasilan seperti menyelesaikan, meningkatkan, mengurangkan, mencapai, menghasilkan, memastikan dan lain-lain lagi bagi memudahkan pemahaman maksud bagi penyataan sasaran yang ditulis.

Penyataan nilai ukuran penilaian boleh ditulis dengan berdasarkan kuantiti, kualiti, kos dan masa.

Diharapkan panduan contoh penulisan sasaran keberhasilan ini dapat membantu semua pihak semasa menyediakan sasaran keberhasilan dengan lebih tepat dan berfokus.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Contoh Penulisan Sasaran Keberhasilan Untuk 41 Jawatan Perkhidmatan Pendidikan ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

Himpunan Buku Panduan Pangurusan Unit Beruniform di Sekolah

Senarai Kandungan Fail Panitia (Lengkap)

Koleksi Fail Meja Tugasan Guru

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More