Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fenomena Istiwa’ A’dzam Tentukan Arah Kiblat

Esok atau 27 Mei 2020 kita berpeluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional yang mana akan berlakunya fenomena yang di panggil Istiwa Al-adzam.

Apakah Fenomena Istiwa Al-adzam?

Istiwa al-‘adzam ialah suatu fenomena di mana matahari berada tepat di atas kedudukan Kaabah. Apabila matahari berada di atas suatu objek pada kedudukan yang tepat, maka objek itu sendiri tidak akan menghasilkan bayang. Dalam masa yang sama, bagi lokasi yang jauh daripada tempat tersebut, fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk mencari arah lokasinya.

Contohnya kita yang sedang berada di Malaysia boleh memanfaatkan peristiwa yang berlaku untuk mencari arah kedudukan Kaabah (arah kiblat) tanpa menggunakan kemudahan peranti atau gajet.

Ketepatan kaedah ini sangat diakui di Malaysia dan tidak ada ralat. Matahari ketika itu berperanan seolah-olah seperti jarum kompas yang tidak akan dipesongkan oleh gangguan-gangguan seperti besi, yang biasanya boleh terjadi pada kompas magnetik.

Bilakah Ia Berlaku?

Istiwa al-‘adzam berlaku hanya dua kali dalam setahun, pada tarikh dan waktu yang sama iaitu:

28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang) – Setiap tahun
27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang) – Tahun lompat

Persediaan Sebelum Peristiwa Ini Berlaku

1. Memastikan jam yang dirujuk mengikut waktu piawai yang tepat.

2. Dirikan satu objek lurus di tempat yang ingin ditentukan arah kiblat (Tempat yang dipilih mestilah tidak terlindung daripada sinaran matahari supaya bayang-bayang boleh terhasil daripada objek tersebut).

3. Tunggu hingga ke masa yang telah ditetapkan seperti di atas.

Ketika Peristiwa Istiwa Al-‘adzam Berlaku

1. Perhatikan bayang-bayang yang jatuh ketika tibanya waktu tersebut.

2. Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang tersebut.

3. Tandakan arah qiblat.

Ini merupakan peluang yang baik bagi menyemak arah kiblat secara tepat. Teknologi seperti kompas digital yang terdapat dalam kebanyakan telefon pintar memang memudahkan tetapi sesekali bukankah lebih menarik jika kita dapat merasai pengalaman mencari arah kiblat sendiri?

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada [email protected] berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.

Cara-cara:

1. Pada 27 Mei (esok)*
2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Tepat jam 5:16 petang.
5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
8. Selesai tanda arah kiblat yg tepat.

Penerangan:

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei* (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) *Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.

Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).

Lepas ni bolehlah cek semula arah kiblat yang ditunjukkan pada aplikasi di telefon pintar masing-masing samada tepat atau sebaliknya. Kadangkala apa yang ditunjukkan diaplikasi smartphone kurang tepat.

kredit : Fb Jakim dan tzkrh

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More