Sumber Rujukan Globalisasi Anda

20 Hotel Menarik Di Melaka

Negeri Melaka bukan sahaja terkenal dengan banyak tempat menarik untuk dilawati, malah tempat-tempat makan yang sedap tidak kurangnya. Oleh itu tidak hairanlan negeri Melaka akan penuh sesak dengan pengunjung pada hari cuti tidak kira pengunjung dari dalam dan luar negara.

Kerana dek bilangan pelancong yang datang ke Melaka dari tahun ke tahun semakin bertambah, Industri perhotelan di Melaka telah semakin berkembang. Banyak hotel-hotel baru telah dibina yang menyediakan fasiliti yang serba lengkap. Disini kami senaraikan 20 Hotel Menarik di Melaka untuk tatapan anda semua .

Isi Kandungan

1.Hatten Hotel Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 1

Hotel yang besar lagi moden ini dinamakan Hatten Hotel Melaka. Ia adalah pilihan yang sesuai untuk anda jika anda mencari tempat untuk menginap di dalam kota melaka ini. Mempunyai lebih daripada 700 bilik dan suites, Hatten adalah salah satu hotel terbesar dalam UNESCO World Heritage. Selain itu, ia juga berada ditempat strategic kerana ia berada diatas Hatten Shoppes dan bergabung dengan Dataran Pahlawan Shopping Mall.

20 Hotel Menarik Di Melaka 2

20 Hotel Menarik Di Melaka 3 20 Hotel Menarik Di Melaka 4

 

Hatten Hotel juga berada dekat dengan tempat menarik iaitu Menara Taming Sari dan A’Famosa. Fasiliti hotel ini termasuklaa restoran Chatterz, bar, kolam renang, dewan, dan juga H-Spa dimana menawarkan body treatments untuk menyegarkan badan.

2.Liu Men Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 5

Liu Men Melaka bertemakan warna putih dan hitam di dalam serta dekorasi yang dikenakan adalah style Victorian. Setiap bilik hotel yang ditawarkan mempunyai bilik air tersendiri bagi menjaga privasi setiap pengunjung. Mendapat skor 9.6 di dalam website Booking.com dan mendapat ulasan yang baik daripada 204 orang, tempat ini amatlah rugi kalau anda tidak duduk semalaman.

20 Hotel Menarik Di Melaka 6 20 Hotel Menarik Di Melaka 7 20 Hotel Menarik Di Melaka 8

Sarapan continental juga disediakan setiap pagi di hotel ini. Antara jenis2 bilik yang disediakan adalah Bilik Kapitan Double/Twin, Bilik Jebat Double/Twin, Bilik Hang Tuah Double/Twin. Suite juga disediakan, Suite Cheng Ho dan Suite Parameswara.

3.Mahkota Hotel Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 9

Mahkota Hotel Melaka atau nama sebelum ini adalah Century Mahkota Hotel Melaka. Ia berada di tempat yang sangat strategik di Kawasan sejarah Melaka. Lokasinya terletak di tepi air dan bersebelahan dengan Mahkota Parade dan merupakan salah satu tarikan utama bandar Melaka.

Jika anda menetap disini, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk pergi ke tempat2  menarik dan juga pusat komersial. Hotel ini menyediakan 480 bilik tamu dan juga apartment (mempunyai 2 hingga 3 bilik yang setiap satu telah disediakan perabot moden siap dengan kemudahan asas.)

20 Hotel Menarik Di Melaka 10 20 Hotel Menarik Di Melaka 11 20 Hotel Menarik Di Melaka 12

Mahkota Hotel ini terbahagi kepada satu blok utama dan 8 blok apartment unit. Café Mahkota juga disediakan di dalam hotel ini, ia tempat ideal untuk makan ringan, makanan mewah dan juga makanan continental di dalam suasana yang aman. Selain itu, The Pizza Terrace adalah tempat paling sesuai untuk makan tengahari dan makan petang kerana ia mempunyai kolam ditepinya.

Hotel ini mendapat anugerah The Best Landscaped in Melaka pada 2003 dan The Best 4 Star Hotel pada 2005.

4.Ames Hotel Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 13

Ames Hotel  menyediakan 4 jenis bilik untuk anda pilih. Antaranya ialah Deluxe Twin, Deluxe King, Deluxe Garden Twin dan Deluxe Garden King.  Deluxe Garden amatlah unik kerana tingkapnya menghadap keindahan taman Ames Hotel ini.

20 Hotel Menarik Di Melaka 14 20 Hotel Menarik Di Melaka 15 20 Hotel Menarik Di Melaka 16

Tidak lari juga daripada dekorasinya yang begitu mewah tapi simple. Setiap bilik telah dikomodasikan cerek elektrik, TV skrin rata, Pembuat the/kopi, Penghawa dingin dan juga peti deposit keselamatan. Bilik2 ini juga mempunyai bilik mandi peribadi yang telah disertakan kelengkapan dandanan diri, jubah mandi, dan juga pengering rambut.

5.Equatorial Hotel

20 Hotel Menarik Di Melaka 17

Hotel yang serba moden ini berada di dalam kota Melaka. Equatorial Hotel boleh memenuhi segala kehendak anda semasa anda menetap di sini. Sebagai hotel yang terawal dibina di tempat bersejarah ini, ia mempunyai sedikit sebanyak kelebihannya. Antaranya adalah Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Tidak terlepas juga Jonker Walk yang hanya 10 minit sahaja jarak berjalan kaki.

20 Hotel Menarik Di Melaka 18 20 Hotel Menarik Di Melaka 19 20 Hotel Menarik Di Melaka 20

Fasiliti yang hotel ini ada adalah sama nilai dengan apa yang anda bayar. Antara fasiliti yang disediakan adalah fitness centre siap dengan gelanggan tennis, 4 penjuru kolam renang, salon kecantikan dan rambut, business centre dan tujuh outlet makan minum termasuklaa hidangan jepun, itali dan peranakan.

6.Treasures Hotel and Suites

20 Hotel Menarik Di Melaka 21

Treasures Hotel and Suites bertaraf 4 bintang mempunyai lounge berkongsi, taman dan WiFi percuma. Penginapan ini menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24 jam, perkhidmatan bilik dan penukaran mata wang untuk tetamu.

20 Hotel Menarik Di Melaka 22 20 Hotel Menarik Di Melaka 23 20 Hotel Menarik Di Melaka 24

Semua unit di sini berhawa dingin, serta mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet, pengering rambut dan meja.

Semua unit menawarkan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma. Sarapan à la carte disediakan setiap hari di hotel ini. Treasures Hotel and Suites juga turut menawarkan teres bagi tetamu melihat pemandangan luar.

7.Ramada Plaza @ Wyndham

20 Hotel Menarik Di Melaka 25

Ramada Plaza Melaka adalah sebuah hotel yang baru dibina lengkap dengan 294 bilik hotel. Ia terletak di Jalan Bendahara di bandar bersejarah ini. Luaran bangunan ini yang berwarna putih amatlah sesuai dengan suasana sekitar kerana ia bercampur dengan pemandangan bandar yang tradisional ini tetapi di dalam hotel ini lain daripada luarannya kerana mempunyai sentuhan dekorasi yang mewah tetapi masih mengekalkan sentuhan tradisional.

20 Hotel Menarik Di Melaka 26 20 Hotel Menarik Di Melaka 27 20 Hotel Menarik Di Melaka 28

Sebahagian daripada Wyndham Hotel Group ini mempunyai 5 kategori dibawah bumbungnya, iaitu Deluxe, Executive, Deluxe, Junior Suite, Club Room dan Suite Room. Semua bilik direka bentuk mengikut moden minimalis dengan sentuhan Asia dalam bentuk meja kayu, Kusyen sutera dan katil.

8.SGI Vacation Club

20 Hotel Menarik Di Melaka 29

Hotel ini menawarkan pemandangan bandar bersejarah pada harga yang murah. Hotel bertaraf 3 bintang ini lengkap dengan kemudahan lounge berkongsi, serta bilik-bilik yang disediakan bagi tetamu berpenyaman udara dengan WiFi percuma.

Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi masing-masing dan bilik mandi itu lengkap dengan kelengkapan dandanan diri, pancuran mandian dan pengering rambut. Bilik hotel ini berpecah kepada 6 bilik iaitu Superior Queen, Deluxe Queen, Deluxe Twin, Family Double dan Superior Twin.

20 Hotel Menarik Di Melaka 30 20 Hotel Menarik Di Melaka 31 20 Hotel Menarik Di Melaka 32

Kemudahan parking peribadi percuma disediakan dan hotel ini juga menawarkan perkhidmatan sewa basikal untuk tetamu yang ingin menerokai kawasan sekitar. SGI Vacation Club Hotel ini amatlah dekat dengan Pusat Perubatan Mahkota, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan juga Mahkota Parade. Bagi tempat makan pula adalah Saturday Ice Café, Starbucks dan Mix.com.my.

9. Seri Costa Hotel

20 Hotel Menarik Di Melaka 33

Seri Costa Hotel terletak di dalam Plaza Mahkota. Ia memudahkan anda untuk makan angin di dalam bandar kerana di sekeliling hotel ini adalah tempat tarikan untuk membeli belah dan tempat menarik bersejarah.

20 Hotel Menarik Di Melaka 34 20 Hotel Menarik Di Melaka 35

Antara tempat bersejarah yang ada sekeliling hotel ini adalah antaranya Kubu A’Famosa, St. Paul Hills, Stadhuys, Mahkota Parade Shopping Mall dan juga Maritim Museum.

10.The Blanc Boutique Hotel

20 Hotel Menarik Di Melaka 36

The Blanc Boutique Hotel merupakan bangunan warisan 3 tingkat yang telah diubahsuai di sepanjang Jonker Street. Ia menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan WiFi percuma pada harga berpatutan.

20 Hotel Menarik Di Melaka 37 20 Hotel Menarik Di Melaka 38

Semua bilik telah dilengkapi dengan TV skrin rata dengan saluran kabel serta cerek. Setiap bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan tab mandi atau pancuran mandian dan bidet. Peralatan mandian percuma dan alat pengering rambut disediakan.

11.Hallmark Crown Hotel

20 Hotel Menarik Di Melaka 39

Hallmark Crown Hotel menawarkan salah satu tarikan iaitu ia berada di dalam Kota Melaka. Tempat ini dianggap sebagai tempat ideal untuk pelancong yang bercuti dan dalam urusan kerja.

20 Hotel Menarik Di Melaka 40 20 Hotel Menarik Di Melaka 41

Hotel ini amat dekat dengan pelbagai kedai dan tempat tarikan dan anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk kesemua tempat ini. Tempat paling menarik dekat dengan hotel adalah Christ Church di dalam Bandar Melaka, Pusat Konvensyen dan juga Pusat Pakar Kesihatan.

12.Heeren Palm Suites

20 Hotel Menarik Di Melaka 42

Heeren Palm Suites terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka. Ia menyediakan WiFi percuma diseluruh bangunan. Setiap bilik telahpun disediakan alat penyaman udara, bar mini serta cerek elektrik dan ruang tempat duduk. Bilik mandi peribadi mempunyai pancuran mandian serta alat pengering rambut.

Heeren Palm Suites ini menawarkan 4 jenis bilik untuk anda para tetamu, iaitu Junior Deluxe, Deluxe, Grand Deluxe dan paling mewah sekali bernama Suite Parameswara. Suite Parameswara amat unik dan amat mewah kerana bilik mandi peribadi menyediakan tab mandi. Tambahan yang disediakan pada setiap bilik termasuk sofa, meja dan peti deposit keselamatan.

20 Hotel Menarik Di Melaka 43 20 Hotel Menarik Di Melaka 44 20 Hotel Menarik Di Melaka 45

Di Heeren Palm Suites, anda akan mendapati kaunter penerimaan tetamu 24 jam dan 2 telaga air yang telah dipulihara dengan baik. Kemudahan lain yang ditawarkan di tempat penginapan ini termasuk perpustakaan dan simpanan bagasi. Tempat penginapan ini menyediakan ruang parking percuma yang terhad.

13.Bayview Hotel Malacca

20 Hotel Menarik Di Melaka 46

Bayview Hotel Malacca teramatlah unik kerana dari anda masuk ke dalam hotel ini anda pasti mahu mengunjung lagi. Ini kerana, suasana yang tenang di dalam hotel ini mampu memberi memori yang manis dalam hidup anda.

Hotel yang dinaik taraf ini menawarkan keselesaan yang mewah pada tahap antarabangsa, dan ia bertempat di dalam Bandar Melaka. Lokasinya juga seperti hotel2 lain, amat strategik dengan tarikan sejarah dan juga pusat membeli belah. Bandar Melaka ini yang penuh dengan kemewahan budaya mampu memberi pengalaman yang terindah buat anda.

20 Hotel Menarik Di Melaka 47 20 Hotel Menarik Di Melaka 48 20 Hotel Menarik Di Melaka 49

 

Bayview Hotel Malacca ini menawarkan 192 bilik hotel dan suites lengkap dengan penghawa dingin, bilik air, telefon IDD, TV skrin rata dengan saluran kabel. Ia juga ada peti sejuk kecil, minibar, pengering rambut dan kemudahan untuk membuat the/kopi.

14.Casa del Rio Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 50

Casa del Rio terletak di Sungai Melaka. Ia mempunyai tarikan tersendiri iaitu kolam renang infiniti dan paling best adalah 3 pilihan tempat makan. Semua bilik mempunyai balkoni peribadi lengkap dengan internet percuma. Biliknya amatlah luas siap dengan dekorasinya tersendiri. Hiasan moden dan berlantai kayu keras, semua bilik ini mempunyai suasana seperti berada di pulau.

20 Hotel Menarik Di Melaka 51 20 Hotel Menarik Di Melaka 52 20 Hotel Menarik Di Melaka 53

Tetamu boleh bersenam di pusat kecergasan atau menikmati urutan yang menenangkan di spa. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan dobi dan pengeringan.

Jikalau memerlukan pertolong, kakitangan di meja penyambut tetamu boleh membantu anda 24 jam. Bufet sarapan pagi terdapat di The River Grill. Bar Rio mempunyai pemandangan Selat Melaka, dan menyajikan snek ringan dan minuman yang menyegarkan.

15.Terra Nova Hotel

20 Hotel Menarik Di Melaka 54

Terra Nova Hotel mempunyai 48 bilik dan setiap satu telah disertakan kemudahan moden seperti penghawa dingin, TV skrin rata dan juga kotak electronic safety deposit. Bilik ini mempunyai bilik air sendiri dan kemudahan untuk membuat air teh/kopi.

Terra Nova mempunyai 4 pilihan bilik yang anda boleh pilih pada harga yang berlainan iaitu Superior, Deluxe, Super Deluxe dan Family suites. Walaupun tiada restoran berdekatan dengan hotel ini, anda boleh lagi pergi melawat tempat2 bersejarah di sekitarnya.

20 Hotel Menarik Di Melaka 55 20 Hotel Menarik Di Melaka 56

Terra Nova juga mempunyai servis basuh dan kering baju, WIFI percuma, dan parking OKU. Hotel yang berwarna oren cerah ini juga menawarkan bilik menghadap pemandangan laut.

16.Midcity Hotel Melaka

Hotel Menarik Di Melaka

Hotel ini baru dibina kerana kenaikan industri pelancongan di Malaysia. Ia terletak di dalam bandar bersejarah ini. Hotel ini telah dibina untuk memandang anda dengan keselesaan dalam kemewahan. Anda boleh pilih dimana anda mahu tidur daripada 96 bilik yang luas dan juga suites berdekorasi mewah.

20 Hotel Menarik Di Melaka 57 Hotel Menarik Di Melaka

 

17.The Explorer

Hotel Menarik Di Melaka

Di The Explorer ini, segala usaha telah dititik peluhkan bagi tetamu merasakan keselesaan ibarat tinggal di Marina Bay. Untuk mencapai tahap hotel 7 bintang ini, hotel ini memberi servis yang terbaik. Hotel ini juga menyediakan WIFI percuma, tempat bermesyuarat, tempat parking kereta, lif, dan juga kedai bagi memenuhi semua kehendak tetamu hotel ini.

20 Hotel Menarik Di Melaka 58 Hotel Menarik Di Melaka 20 Hotel Menarik Di Melaka 59

The Explorer terdiri 143 bilik yang kesemuanya mempunyai kemudahan tersendiri. Setiap bilik telahpun diletakkan air botol, pembuat the/kopi, bilik tidak merokok, TV skrin rata, dan juga pengering rambut. Tidak ketinggalan juga fasiliti lain seperti taman botani bagi merehatkan anda selepas penat dengan hiburan bandar.

18. ND Hotel

Hotel Menarik Di Melaka

ND Hotel terletak di Melaka, dalam jarak 300m dari Menara Taming Sari. Hotel berwarna hijau mint ini menawarkan bilik-bilik yang berhawa dingin.

Ia hanya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu bilik Standard Double dan bilik Deluxe. Bilik-bilik di hotel ini dilengkapi dengan meja, TV skrin rata, dan seterika. Setiap bilik mempunyai bilik mandi sendiri yang dilengkapi dengan mancuran mandian, kelengkapan dandanan diri dan juga tuala.

20 Hotel Menarik Di Melaka 60 20 Hotel Menarik Di Melaka 61

Tempat-tempat menarik yang popular berhampiran dengan tempat penginapan ini termasuklah Jalan Jonker, Muzium Perhiasan Cina Selat Melaka dan Kuil Cheng Hoon Teng. Hotel ini mempunyai bilik-bilik keluarga.

19.D Savoy @ Famosa

20 Hotel Menarik Di Melaka 62

D savoy Hotel yang menawarkan bilik berdekorasikan simple tetapi elegan. D savoy @ Famosa by MR menyediakan penginapan bertaraf 4 bintang dengan balkoni peribadi. Hotel bertaraf 4 bintang ini mempunyai restoran dan menawarkan bilik-bilik berhawa dingin dengan bilik mandi peribadi. Semua unit di hotel ini dilengkapi dengan cerek.

20 Hotel Menarik Di Melaka 63 20 Hotel Menarik Di Melaka 64 20 Hotel Menarik Di Melaka 65

Tempat yang paling dekat dengan hotel ini adalah Freepost A’Famosa Outlet Mall iaitu 200m.

20.Swiss Garden Hotel Melaka

20 Hotel Menarik Di Melaka 66

Swiss Garden Hotel mempunyai pemandangan yang cantik kerana kedudukannya yang menghadap ke Sungai Melaka yang bersejarah. Hotel ini menawarkan akses terus ke The Shore Shopping Mall dan Shore Oceanarium Complex. Bangunan moden ini setinggi 32 tingkat dan anda boleh menikmati minuman dan pemandangan Melaka dari bar atas bumbung Sky Garden di hotel.

20 Hotel Menarik Di Melaka 67 20 Hotel Menarik Di Melaka 68 20 Hotel Menarik Di Melaka 69

Swiss Garden Hotel ini hanya 10 minit berjalan kaki dari Jonker Street yang terkenal dan 900 m dari Christ Church dan Kuil Sam Po Kong. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak 86 km. Menikmati pemandangan laut dan Sungai Melaka yang indah, bilik-bilik di Swiss-Garden Hotel Melaka dilengkapi dengan elegan dan berhawa dingin sepenuhnya. Kemudahan termasuk balkoni, bilik mandi en suite, pemain DVD dan ruang tempat duduk yang selesa.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan 20 Hotel Menarik Di Melaka akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

MENARIK UNTUK DILAWATI:20 Homestay Menarik di Kundasang,20 Homestay Menarik di Shah Alam,Tempat menarik di Pantai cenang, Tempat menarik di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka ,

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More