Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah

Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah ini sangat menarik. Untuk pendedahan awal, juga mungkin boleh diberikan kepada anak-anak yang berumur 5 tahun selain sesuai juga kepada anak-anak di tahun 1 dan 2 yang mungkin belum dapat menguasai asas matematik dengan baik.

Pada peringkat awal umur kanak-kanak sekitar lapan tahun pertama adalah tempoh yang penting untuk perkembangan otaknya. Pada tempoh ini, pembelajaran dan perkembangan mereka dari segi mental, emosi dan social adalah amat kritikal. Oleh itu, pendidikan awal kanak-kanak dianggap sebagai pelaburan yang cukup penting oleh ibu bapa buat anak mereka.

Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka serta membilang bukan berdasarkan konsep semua atau tiada langsung, tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam tentang angka dan konsep pengiraan. Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka.

Hikmahnya, waktu PKP memberikan peluang untuk kita sama-sama belajar kemahiran baharu serta ruang untuk belajar melalui kegagalan. Menguasai sesuatu kemahiran bukan perkara mudah, namun keberanian mencuba menjadi institusi pendidikan alami terbaik dalam memberikan makna kehidupan.

Pembabitan dalam bentuk kekeluargaan bukan sahaja mencambahkan lagi kebahagiaan dalam hidup berkeluarga, bahkan memberikan peluang untuk kita mengenali potensi anak dan melatih mereka untuk membuat perkara yang mereka sukai.

Galakan dan pembentukan minat ini hanya boleh dilakukan dengan ruang masa dan tempat diberikan pada waktu PKP ini. Ibu bapa perlu mengambil peluang ini untuk mengenali potensi dan minat anak mereka, justeru membantu mereka menyelusuri pembelajaran sepanjang hayat yang amat signifikan untuk kehidupan.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) – Sumber : Bharian

Untuk mendapatkan Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah anda boleh memuat turun seperti dibawah:

Isi Kandungan

Dapatkan “Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

SUBJEK

LINK

Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah

Asas Tambahan 1-5

Asas Tambahan 1-10

Asas Tambahan 1-10 (finger)

Asas Tambahan 1-20

Semoga Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah ini akan dapat menjadi panduan kepada guru-guru dalam memudah cara, merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih berkesan.

Penutup

Oleh itu, diharap semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/download bahan pendidikan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian bahan pendidikan terbaik anda.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana memuat turun Latihan Tambah Asas Matematik Prasekolah.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More