Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan TABIKA KEMAS 2022

Isi Kandungan

Pengenalan

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah menyelaraskan dan menguruskan Program Pendidikan Awal Kanak-kanak mengikut Kurikulum Standard Pra-sekolah Kebangsaan (KSPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Dasar Asuhan dan Kurikulum PERMATA Negara.

Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS ini dibangunkan bagi membantu rakyat dengan memberi kemudahan melakukan permohonan kemasukan anak ke pra-sekolah. Akan tetapi buat ketika ini hanya beberapa TABIKA KEMAS saja yang boleh dimohon secara online.

permohonan tabika kemas

Kategori Bagi TABIKA KEMAS

Program Pendidikan Awal Kanak – Kanak KEMAS terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

  • Taman Asuhan Kanak – Kanak (TASKA): Kanak – kanak 2 – 4 tahun
  • Taman Bimbingan Kanak – Kanak (TABIKA): Kanak – kanak 4 – 6 tahun

Syarat Pendaftaran TABIKA KEMAS 2022

  • Permohonan boleh dilakukan oleh ibu / bapa / penjaga kanak – kanak
  • Ibu / bapa / penjaga kanak – kanak haruslah mendaftar sebagai pengguna berdaftar di Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS atau di laman MyGovernment.
    • Salah seorang daripada ibu / bapa / penjaga kanak – kanak adalah warganegara Malaysia.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan 1 kali sahaja.
  • Kanak – kanak perlu berumur 3 – 5 tahun dan mempunyai status warganegara Malaysia.
  • Profil kanak – kanak haruslah didaftarkan di Profil Keluarga di MyDashboard di Pengguna Portal MyGovernment sebelum boleh mohon.

Permohonan perlu dicetak dan dihantar ke TABIKA KEMAS pilihan berserta dokumen – dokumen sokongan bagi tujuan semakan. Borang permohonan TIDAK akan diproses sekiranya dokumen – dokumen ini tidak dihantar ke TABIKA KEMAS.

Senarai TABIKA KEMAS

Senarai TABIKA KEMAS yang terlibat dalam projek MyGovernment adalah seperti berikut:

  • SELANGOR
    • TABIKA  KEMAS 31 Rad
    • TABIKA KEMAS Jalan Bahagia Olak Lempit A
    • TABIKA KEMAS Kg. Kerdas
    • TABIKA KEMAS Kg. Teras Jernang
    • TABIKA KEMAS Kg. Salak Tinggi
  • PAHANG
  • TABIKA KEMAS Kampung Kuala Sat
  • TABIKA KEMAS Kampung Bukit Mat Daling
  • TABIKA KEMAS Sungai Kucing
  • TABIKA KEMAS (JAKOA) Sg.Berjuang
  • TABIKA  KEMAS Kampung Tekek Pulau Tioman

Bagi TABIKA KEMAS yang tidat tersenarai, anda boleh memuat turun Borang Permohonan Kemasukan TABIKA KEMAS 2022 melalui laman sesawang Jabatan Kemajuan Masyarakat atau Tabika KEMAS yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat  lanjut yang berkaitan, anda boleh layari laman web rasmi dibawah:

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT

Anda boleh lihat manual pengguna ‘Aplikasi Pendaftaran TABIKA KEMAS’ untuk sebarang maklumat

Anda boleh emel kepada [email protected]

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021,Skim Bantuan Kanak,KWSP 8 Mac,

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More