Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022

Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022 telah diumumkan Menteri Besar Perak, pada hari ini di mana penjawat awam Perak bakal mendapat bantuan kewangan sebanyak RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri yang semakin tiba. Bantuan ini akan disalurkan kepada semua golongan yang layak mendapatinya sebelum menjelang hari raya, bagi menghargai jasa dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri Perak.

Nota penting: Latar belakang gambar feature di atas (Menara Condong Teluk Intan) adalah sumber daripada Unsplash oleh Nor Khaliza Mat Yunus

Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022
Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak, Sumber Foto Berita Harian

Isi Kandungan

Apa Itu Bantuan Khas Aidilfitri Perak?

Bantuan Khas Aidilfitri Perak bagi tahun 2022 adalah satu bantuan kewangan buat penjawat awam di negeri Perak bersempena dengan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) yang bakal tiba awal bulan Mei nanti. Menteri Besar Perak, Dato Seri Saarani bin Mohamad telah menguumkan perkara berkenaan bantuan ini pada hari ini kepada media.

Bantuan ini bakal memanfaatkan 7,907 orang penjawat awam di negeri Perak, dan juga buat julung kalinya bantuan disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jumlah keseluruhan peruntukan adalah RM7.9 juta untuk dilaksanakan di bawah Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022. (Sumber Astro Awani) Beliau menyifatkan bantuan ini adalah satu pemberian bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka demi menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Soalan Lazim

Bila Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022 Akan Dibayar?

Menurut Menteri Besar Perak dalam kenyataannya yang dipetik daripada Utusan Malaysia bertarikh 16 April 2022, pembayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan ini iaitu pada 25 April 2022.

Siapakah Penerima Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022?

Bantuan Khas Aidilfitri ini akan memberi manfaat kepada golongan berikut:

  1. Semua penjawat awam yang berkhidmat di negeri Perak
  2. Semua gred perjawatan adalah terbabit, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service dan Contract For Service.
  3. Guru sandaran tidak terlatih (GSTT)
  4. Guru i’dadi
  5. Guru thanawi
  6. Guru tadika Islam
  7. Orang Besar Jajahan
  8. Pegawai sambilan harian
  9. Tok Batin
  10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Berapakah Kadar Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022?

Bantuan yang akan diterima mengikut golongan yang disenaraikan di atas adalah seperti berikut:

  • Penjawat awam negeri Perak (1 hingga 9) : RM1,000 setiap orang
  • Bekas ADUN : RM500 setiap orang

Berapakah Jumlah Peruntukan Terlibat?

Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022 ini akan membabitkan semua gred perjawatan kakitangan awam di negeri Perak dan juga bekas ADUN dengan jumlah seramai 7907 orang. Ini membawa kepada jumlah peruntukan keseluruhan bagi bantuan kewangan Aidilfitri negeri Perak untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM7.9 juta.

Senarai Bantuan Khas Aidilfitri Terkini

Diharap perkongsian kami ini dapat memberi khabar gembira buat kakitangan awam di negeri Perak, dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pun begitu, selain daripada Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022, ada beberapa Bantuan Khas bersempena Hari Raya Puasa lain yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam bersedia menyambut bulan Syawal kelak, antaranya adalah:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  4. Menteri Besar Pahang baru-baru ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam di negeri itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan pakej bantuan khas mengandungi 28 insentif dan geran untuk pelbagai lapisan masyarakat negeri Johor, dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia buat semua pembaca TCER.my.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More