Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif BizMan Perak 2022 : Bantuan Peralatan Kecil Perniagaan

Insentif BizMan Perak 2022 : Bantuan Peralatan Kecil Perniagaan adalah satu bentuk bantuan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk usahawan lelaki / OKU di negeri Perak. Program ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) negeri Perak di bawah Belanjawan 2022 Perak.

Insentif BizMan Perak 2022

Apa Sebenarnya Insentif BizMan Perak Itu?

Insentif BizMan Perak 2022
Sumber: Facebook Rasmi Wanita Perak

Program BizMan Perak 2022 ini adalah salah satu daripada inisiatif pengupayaan ekonomi wanita dan keluarga di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera untuk tahun 2022. Program ini yang dilaksanakan melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) adalah dikendalikan oleh Yang Berhormat (YB) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak.

Tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera ini adalah bagi membolehkan warga Perak terutamanya membangunkan perniagaan masing-masing dengan suntikan dana kecil atau bantuan peralatan. Terdapat beberapa program di bawah PRE ini antaranya:

  • BizNita
  • BizMan
  • Mentor Menti Yong (M2 Yong)

Soalan Penting Berkaitan BizMan Perak 2022

Siapakah Yang Layak Untuk Memohon BizMan Perak 2022?

Sebelum anda membuat permohonan, semak dahulu syarat-syarat berikut untuk memastikan anda layak untuk memohon bantuan BizMan Perak 2022:

  1. Lelaki (Ketua Isi Rumah Lelaki / Orang Kurang Upaya (OKU))
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas
  3. Sudah berniaga lebih dari 3 bulan
  4. Perniagaan sepenuh masa/separuh masa
  5. Menetap di Perak atau bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun
  6. Mempunyai pendaftaran dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan, atau pun mempunyai sokongan agensi pembimbing atau pengesahan pemimpin tempatan

Adakah Saya Boleh Isi Lebih Daripada 1 Permohonan?

TIDAK. Anda hanya boleh mengii SATU PERMOHONAN SAHAJA.

Nota: Permohonan adalah dihadkan kepada satu skim bantuan sahaja (sama ada BizNita/BizMan/M2 Yong)

Dokumen Apa Yang Perlu Disediakan?

Dokumen-dokumen yang disenaraikan di bawah adalah perlu dimuatnaik ketika mengisi borang permohonan atas talian, sebagai bukti pemprosesan:

  1. Salinan Penyata Akaun Bank Atas Nama Pemohon
  2. Kad Pengenalan Pemohon
  3. Salinan SSM (jika ada)
  4. Salinan PBT/Surat Pengesahan dari Agensi
  5. 3 Salinan Sebut Harga Peralatan yang hendak dibeli
  6. Gambar Premis/Tangkapan Skrin kedai atas talian
  7. Surat Akuan Penghulu

Apakah Perkara Penting Perlu Diambil Perhatian Sebelum Memohon?

Pastikan anda ambil perhatian berkenaan perkara berikut sebelum membuat permohonan secara atas talian untuk Bantuan BizMan Perak 2022:

  1. Dokumen-dokumen HARUSLAH DIAKUI SAH oleh ADUN/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Salinan Diakui Sah)
  2. Permohonan yang tidak lengkap akan dianggap tidak berjaya
  3. Pembekalan barangan/peralatan tidak semestinya mengikut spesifikasi barangan yang dimohon
  4. Sekiranya tiada sebarang maklum balas dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh tutup permohonan, hendaklah dianggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya
  5. Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad
  6. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 15 Mei 2022, maka permohonan anda adalah tidak berjaya

Bilakah Permohonan Boleh Dibuat?

Permohonan ini telahpun dibuka sejak 13 April 2022, dan akan ditutup pada 22 April 2022.

Permohonan BizMan Perak 2022 

Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik pautan di bawah ini:

MOHON SEKARANG

Maklumat Lanjut

Untuk membuat pertanyaan lanjut berkenaan Insentif Bantuan BizMan Perak 2022, anda boleh hubungi Wanita Perak di talian berikut:

No. Telefon : 05-5269829

Emel :  [email protected]

Senarai Bantuan Penting 2022

Selain Bantuan BizMan 2022, di sini kami senaraikan beberapa bantuan penting lain:

  1. Bantuan Aidilfitri Khas 2022 untuk warga penjawat awam Perak telah diumumkan baru-baru ini. Boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022
  2. Bantuan Keluarga Malaysia telah pun mula dibayar untuk Fasa 1. Boleh semak lebih lanjut di pautan ini: Permohonan Rayuan BKM 2022
  3. Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri 2022 untuk semua kakitangan awam di Malaysia. Boleh ketahui lebih lanjut dengan klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  4. Untuk pelajar, anda sudah boleh mula membuat permohonan untuk mendapatkan peranti percuma di bawah Pakej PerantiSiswa. Boleh klik pautan ini untuk memohon: Permohonan Bantuan Pakej PerantiSiswa Untuk Dapatkan “Peranti Percuma” April 2022 Sudah di Buka!
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan 28 Insentif di bawah pakej Bantuan Kasih Bangsa Johor untuk memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat. Boleh ketahui lebih lanjut di sini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022

Kami berharap dengan perkongsian kali ini dapat membantu anda di luar sana, terutamanya para peniaga dalam usaha untuk bangkit semula dalam keadaan negara sedang membuat peralihan ke fasa endemik dan membaiki semula struktur ekonomi. Semoga maju jaya buat semua, kami ucapkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More