Sumber Rujukan Globalisasi Anda

MYWiT 2022 : Insentif Pekerjaan Teknologi Dan Perkhidmatan Digital

MYWiT 2022 adalah satu bentuk insentif gaji dan latihan untuk Pekerjaan Teknologi Dan Perkhidmatan Digital. Program ini telah diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2022 pada akhir tahun lalu dan permohonan kini telah dibuka dan bakal ditutup 30 April 2022.

Isi Kandungan

Apakah MYWiT 2022 Sebenarnya?

MyDigitalWorkforce Work in Tech atau MYWiT adalah satu bentuk program di bawah Bajet 2022 yang telah diumumkan tahun lalu, dan kini mula dilaksanakan sepenuhnya. Program MYWit 2022 ini memberi insentif kepada majikan untuk mengambil pekerja warganegara Malaysia bagi sektor pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui program insentif gaji dan latihan.

MYWiT 2022 menawarkan peluang kepada mereka yang mencari pekerjaan untuk mendapatkan tempat di syarikat teknologi digital ternama, serta meningkatkan kemahiran digital mereka. Insentif ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia bagi mendorong para majikan untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang menganggur.

Insentif yang tersedia adalah bagi syarikat yang mengupah graduan/siswazah baru atau rakyat Malaysia yang tidak bekerja, ataupun pekerja yang diberhentikan bagi pekerjaan seperti berikut:

  1. Jawatan dalam bidang Teknologi Digital bagi mana-mana industri
  2. Jawatan dalam bidang Perkhidmatan Digital bagi mana-mana industri

MYWiT 2022

Soalan Penting Berkaitan MYWiT 2022

Apa Yang Terkandung Dalam Insentif MYWiT 2022?

Insentif di bawah program MYWiT 2022 ini merangkumi perkara berikut:

A) Subsidi gaji:

  1. 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (maksimum insentif yang diberikan adalah sebanyak 40% daripada RM6,500/bulan iaitu RM2,600/orang/bulan)
  2. Gaji minimum : RM2,000/bulan

B) Subsidi latihan bagi latihan dalaman atau luaran/pihak ketiga:

  1. Latihan dalaman (minimum 40 jam/orang) sehingga RM5,000/orang : Peserta perlu lengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam latihan untuk mereka layak menuntut insentif daripada MDEC.
  2. Latihan luaran sehingga RM8,000/orang : Tiada tempoh khusus diperlukan kecuali untuk latihan dalam talian, di mana peserta perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 20 jam latihan untuk mereka layak menuntut insentif daripada MDEC
  3. Pilih kursus latihan anda DI SINI

Nota: Sekiranya kursus latihan yang anda kehendaki tidak tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC, sila hubungi MDEC melalui emel berikut: [email protected]

Apakah Manfaat MYWiT?

Insentif MYWiT 2022 ini memberikan manfaat kepada golongan berikut:

  • Majikan : Mengurangkan kos pengambilan pekerja baru dengan subsidi gaji dan insentif
  • Pencari Kerja : Menggandakan keupayaan anda seterusnya memulakan kerjaya anda di syarikat teknologi atau perkhidmatan digital
  • Majikan dan Pekerja : Meningkatkan kemahiran digital dan teknologi pekerja baru pada kos yang lebih rendah dengan insentif latihan yang disediakan

Siapakah Yang Layak Untuk Memohon MYWiT?

Jadual di bawah menunjukkan syarat kelayakan untuk memohon MYWiT 2022:

Majikan

Pekerja

  • Diperbadankan di Malaysia
  • Modal
    berbayar minimum: RM20,000
  • Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran / penggulungan / tidak aktif
  • Bukan syarikat sektor awam, persekutuan, badan berkanun negeri / pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Menawarkan
    pekerjaan minimum selama
    12 bulan
  • Tidak mempunyai hubungan keluarga / perniagaan yang rapat dengan ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham atau pekerja
    MDEC
  • Warganegara Malaysia
  • Tiada pekerjaan tetap sekurang-kurangnya 2 bulan/siswazah baru/pekerja yang diberhentikan
  • Tarikh mula bekerja dengan syarikat antara 5 April 2021 hingga 30
    April 2022 (seperti yang dinyatakan
    dalam Surat Tawaran Pekerjaan)
  • Bukan ahli keluarga terdekat kepada pengarah atau pemegang saham dalam syarikat pengambilan pekerja
  • Bukan penerima/bekas penerima manfaat mana-mana insentif MYWiT daripada mana-mana syarikat
  • Bukan sebahagian daripada peserta program PenjanaKerjaya
    2.0 dan Penjana KPT-CAP

Bagaimanakah Caranya Untuk Memohon MYWiT?

Untuk membuat permohonan MYWiT, anda boleh ikuti langkah berikut:

 

Majikan

Pekerja

Proses Permohonan

  • Cari pekerjaan
  • Mohon pekerjaan
  • Lalui proses pengambilan pekerja
  • Dipilih untuk bekerja
  • Sertai latihan
    yang dipilih oleh majikan
MYWiT 2022
Sumber Ilustrasi MDEC

Bilakah Tempoh Untuk Membuat Permohonan?

Tempoh permohonan : 5 April 2022 – 30 April 2022

Bagaimanakah Proses Bayaran Balik Kepada Majikan?

Proses bayaran balik untuk MYWiT 2022 adalah seperti dirumuskan dalam jadual di bawah:

 

Majikan

Proses Pembayaran
Semula

  • Daftar di dalam system e-invois MDEC
  • Hantar tuntuan;dan
    dokumen sokongan melalui system e-invois MDEC
  • Terima pembayaran
    melalui pindahan bank dalam talian

Nota: Syarikat boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik secara bulanan, dan pembayaran semula akan dibuat secara bulanan.

MYWiT 2022
Sumber Ilustrasi MDEC

Apakah Dokumen Yang Diperlukan?

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan sebelum membuat permohonan MYWiT 2022:

1. Maklumat syarikat:

  • Sijil SSM syarikat

2. Maklumat pekerjaan termasuk:

  • Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon

3. Maklumat pekerja:

  • Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan
  • Salinan MyKad pekerja baru
  • Maklumat pekerja (templat disediakan)
  • Salinan transkrip akhir / sijil / surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti / Institusi (bagi siswazah baru)
  • Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan)

4. Maklumat Latihan:

a. Latihan luaran:

  • Templat latihan luaran (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
  • Sebutharga untuk kursus yang dipilih

b. Latihan dalaman:

  • Templat latihan dalaman (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
  • Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn)

5. Pengisytiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.

Permohonan MYWiT 2022 

Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik pautan di bawah ini:

MOHON SEKARANG

Senarai Bantuan Berkaitan Pencarian Pekerjaan

Di samping MYWiT 2022, terdapat beberapa bantuan lain yang dapat memberi sedikit bantuan kepada semua yang sedang mencari pekerjaan,

  1. Insentif RM600 hingga RM800 sebulan untuk tempoh 6 bulan di bawah PERKESO boleh anda pohon bagi mereka yang menepati syarat kelayakan. Layari pautan ini untuk maklumat lanjut: SIP GIG PERKESO 2022 : INSENTIF RM600 SEHINGGA RM800 SEBULAN SELAMA 6 BULAN
  2. Bagi majikan yang mengambil pekerja baharu, anda boleh mohon insentif khas bagi pengambilan pekerja bermula 1 Januari 2022. Boleh klik pautan ini untuk mengetahui kaedah memohon: JaminKerja PERKESO : Permohonan Insentif dan Kelayakan
  3. Bagi anda yang ingin menjana pendapatan melalui ekonomi gig digital, program Selangor Freelance menyediakan banyak peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital. Anda boleh baca lebih lanjut di pautan ini:  SELANGOR FREELANCE: JANA PENDAPATAN DAN INSENTIF RM400
  4. Adakah anda sedang mencari pekerjaan? Anda boleh membuat permohonan untuk mendapat elaun khas di bawah program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+. Boleh klik di sini untuk maklumat lanjut:  Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Buat Pelajar Lepasan Sekolah dan Graduan
  5. Khas buat majikan yang memberi manfaat kepada pekerja tempatan, anda boleh mohon bantuan kewangan khusus di bawah Program Subsidi Upah 5.0 (PSU 5.0)

Dengan pelbagai bantuan dan insentif yang tersedia oleh pelbagai pihak, kami harap perkongsian kami dapat membantu anda semua di luar sana. Selamat maju jaya kami ucapkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More