Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh

Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kertas kerja bermaksud makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu. Pada umumnya kertas kerja ditulis dengan tujuan untuk mengutarakan penghujahan tentang alasan dan bukti yang boleh diberikan untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukan kewangan atau kelulusan menjalankan sesuatu projek dan sebagainya.

Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Tips dan Panduan Kertas Kerja

Berikut merupakan sedikit Tips dan Panduan Kertas Kerja.

1. Tajuk hendaklah jelas dan menggambarkan matlamat/objektif program/projek

2. Nyatakan secara jelas tujuan kertas kerja yang disediakan samada untuk;
– Kelulusan/makluman/ perbincangan/sebagainya
– Untuk siapa ianya dikemukakan.
– Nyatakan apakah okjektif/matlamat yang ingin dicapai.

2. Nyatakan secara jelas butiran mengenai;
– Tarikh/Masa/Tempat
– Peserta/Kumpulan sasar
– Yuran/Bayaran yang dikenakan
– Kerjasama /Bantuan

Para guru boleh rujuk dan semak contoh kertas kerja yang dikumpulkan bersama dibawah sebagai panduan juga.

Berikut merupakan pautan untuk dimuat turun contoh kertas kerja bagi program-program sekolah.

 

Penutup 

Semoga Tips dan Panduan Kertas Kerja Guru berserta contoh ini memberi manfaat kepada para guru diluar sana dan memudahkan urusan dalam menjalani setiap program sekolah.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Anda juga mungkin berminat dengan 8 Tips Meningkatkan Motivasi Anda di Tempat Kerja

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More