Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan i-Perantau Terengganu RM500

Bantuan i-Perantau Terengganu RM500 telah diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu baru-baru ini dan akan memberi manfaat kepada isi keluarga yang merupakan anak Terengganu yang merantau ke luar negeri Terengganu. Bantuan yang akan diberikan adalah berbentuk bantuan tunai secara one-off sebanyak RM500 setiap isi rumah.

Nota penting: Latar belakang gambar feature di atas adalah sumber daripada Unsplash oleh Mohd Nasiruddin Mohd Nasir

Bantuan i-Perantau Terengganu
Sumber Laman Facebook Rasmi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)

Isi Kandungan

Apakah Bantuan i-Perantau Terengganu Sebenarnya?

Bantuan i-Perantau Terengganu ini adalah satu bentuk bantuan kewangan tunai secara one-off yang akan diberikan kepada anak-anak perantau yang berasal dari negeri Terengganu. Bantuan ini telah diumumkan Menteri Besar Terengganu, ketika berucap di majlis berbuka puasa bersama anak perantau Terengganu di Kuala Lumpur, baru-baru ini. (Sumber Utusan Malaysia)

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk menyediakan peruntukan khusus bagi bantuan i-Perantau Terengganu ini untuk anak perantau yang layak, dan memerlukan. Ini adalah dengan harapan untuk membantu anak-anak Terengganu yang berada di perantauan dalam mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma. (Sumber Laman Facebook Rasmi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI))

Soalan Lazim Berkenaan Bantuan i-Perantau Terengganu

Apakah Bentuk Bantuan i-Perantau Terengganu?

Bantuan i-Perantau Terengganu adalah sejenis bantuan tunai secara one-off yang berjumlah RM500 untuk mereka yang layak.

Berapakah Peruntukan Yang Disediakan?

Kerajaan negeri bakal memperuntukkan RM1.5 juta kepada lebih kurang 5,000 Ketua Isi Rumah anak-anak perantau Terengganu di bawah Bantuan i-Perantau Terengganu

Siapa Yang Layak Untuk Memohon?

Bantuan i-Perantau Terengganu ini adalah khusus untuk anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan, mengikut kepada syarat-syarat kelayakan tertentu seperti diberikan dalam jadual di bawah:

KATEGORI

SYARAT KELAYAKAN

KATEGORI A

Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi
RM2,500

  1. Pemohon mestilah seorang PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah pendapatan bulanan ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun)
  3. Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan ISI RUMAH TIDAK MELEBIHI RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua
    Kampung
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik ke link permohonan yang disediakan
  9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

KATEGORI B

Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000

  1. Pemohon mestilah seorang PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah pendapatan bulanan ISI RUMAH ANTARA
    RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan (termasuk
    gaji dan semua elaun)
  3. Berdaftar di dalam sistem
    Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan
    adalah TIDAK LAYAK memohon
  5. Kontraktor berdaftar adalah TIDAK LAYAK memohon
  6. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan ISI
    RUMAH ANTARA RM2,501 HINGGA RM5,000 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung
  7. Pemohon yang tidak mempunyai SLIP GAJI perlu kemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua
    Kampung
  8. Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dimuat naik ke link permohonan yang disediakan
  9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak
  10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa
    ke semasa tanpa notis.

Apakah Dokumen Yang Perlu Disediakan untuk Bantuan i-Perantau

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu ada untuk memohon:

  1. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya
  2. Salinan Slip Gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
  3. Salinan sjil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung
  4. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon)

Bilakah Tarikh Permohonan Bantuan i-Perantau Akan Dibuka?

Permohonan telahpun dibuka hari ini, 24 April 2022 sehingga 2 Mei 2022.

Permohonan Bantuan i-Perantau Terengganu

Untuk membuat permohonan secara atas talian, klik pautan di bawah ini:

MOHON SEKARANG

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi urusetia di talian berikut:

011-51754924; atau

011-51754969

Senarai Bantuan Khas Aidilfitri Terkini

Diharap perkongsian kami ini dapat memberi khabar gembira buat anak-anak Terengganu yang berada di perantauan, dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Untuk makluman semua, selain Bantuan i-Perantau Terengganu, ada beberapa Bantuan Khas bersempena Hari Raya Puasa lain yang akan memberi bantuan kepada rakyat dalam bersedia menyambut bulan Syawal. Di sini kami kongsikan senarai Bantuan Khas Aidilfitri yang telah diumumkan:

  1. Bantuan Khas Aidilftri untuk semua penjawat awam telah diumumkan Perdana Menteri dan bakal memberi manfaat kepada semua kakitangan kerajaan seluruh negara, termasuklah pesara kerajaan. Baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri 2022 Buat Penjawat Awam
  2. Menteri Besar Kedah telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam di Kedah, dan beberapa golongan tertentu. Untuk membaca mengenainya, klik pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Kedah 2022
  3. Kerajaan Negeri Selangor bakal membayar bantuan kewangan khas Aidilfitri pada akhir bulan April, untuk manfaat semua kakitangan awam di negeri itu. Maklumat lanjut boleh anda dapati di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Selangor 2022
  4. Menteri Besar Pahang baru-baru ini mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1,200 kepada penjawat awam di negeri itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini: Bantuan Khas Aidilfitri Pahang 2022
  5. Kerajaan Negeri Johor baru sahaja mengumumkan pakej bantuan khas mengandungi 28 insentif dan geran untuk pelbagai lapisan masyarakat negeri Johor, dinamakan Bantuan Kasih Bangsa Johor. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022
  6. Penjawat awam berkhidmat di negeri Terengganu bakal menerima bantuan kewangan khas Aidilfitri, berjumlah RM500 pada 25 April nanti. Baca lebih lanjut di pautan ini: Bantuan Khas Aidilfitri Terengganu 2022
  7. Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan RM7.9 juta untuk bantuan khas Aidilfitri buat penjawat awam dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 25 April nanti. Maklumat lanjut boleh didapati di pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Perak 2022
  8. Penjawat Awam di Sarawak bakal menerima Bantuan Khas Aidilfitri Sarawak tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari pautan berikut: Bantuan Khas Aidilfitri Sarawak 2022

Dengan perkongsian kami, diharap anda dapat maklumat terkini berkenaan bantuan yang diberi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Selamat beramal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia buat semua pembaca TCER.my.

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More